BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

pembuka bicara

man la yarham la yurham!!!!

Followers

tafakur sejenak

ya Allah selamatkan palestine...

Tuesday, August 3, 2010

tergamaknya hatimu ....layakkah dirimu bergelar ibu???


Sejak kebelakangan ini,semakin kerap kita dengar kejadian buang bayi dalam masyarakat kita dan yang paling menyedihkan ia semakin membarah dalam masyarakat malaysia. Kalau dulu kita begitu gah dengan nilai ketimuran namun hari ini semua itu bagaikan tinggalan sejarah yang hanya mampu dikenang sebagai sejarah sahaja. masyarakat kita sekarang sudah ketandusan norma2 ketimuran yang pernah dibanggakan pada suatu masa dahulu. Ketinggian nilai murni .moral dan akhlak sudah tidak dititik beratkan lagi oleh generasi peneraju pada hari ini. Malah generasi hari ini bahkan cukup berbangga dengan budaya barat yang mana pada pendapat mereka budaya tersebut sesuai dengan jiwa mereka, sesuai dengan peredaran zaman yang mereka lalui..tanpa mereka sedari budaya itulah yang menghancurkan mereka, yang merosakkan jiwa mereka, yang menjauhkan mereka daripada ilahi…sedarkah kita ,bila hati jauh daripada ilahi maka dengan senang dan mudah sahaja syaitan mampu menghasut dan menjerumuskan mangsanya ke kancah maksiat..kita dapat dengar dan lihat pada hari ini di dada akhbar terpampang betapa kerapnya kejadian pembuangan bayi yang tidak berdosa,kejadian inilah yang menyayat hati kita dan ini sudah semestinya meninggalkan titik hitam dalam diari kehidupan manusia. Ini sekali gus menyentap nilai kemanusiaan dan keharmonian yang juga tonggak utama kepada kesejahteraan negara islam..kemanakah menghilangnya nilai kemanusiaan dalam diri mereka , sampai tergamak membunuh dan membuang bayi yang mereka lahirkan?, apakah tidak pernah wujud rasa kasih sayang dalam hati mereka walau sekelumit pun untuk bayi yang tidak bersalah itu? Dan ini adalah antara gejala social yang paling membimbangkan yang perlu dibendung dalam masyarakat kita pada hari ini. Perbuatan terlarang ini perlu diberi perhatian serius oleh pelbagai pihak dalam usaha untuk mengatasinya. Perlu di tegaskan bahawa perbuatan membuang bayi ini membawa pelbagai kesan negatif dan akibat buruk kepada keharmonian masyarakat terutama kepada masyarakat luar yang mana mereka pasti akan memberikan tanggapan negative pada masyarakat kita pada hari ini dan ini semua memberikan impak yang negative pada Negara kita. Ini ditambah lagi, perbuatan membuang bayi ini ini bukan saja berdosa dari segi agama Islam, malahan bertentangan dengan logik akal, nilai kemanusiaan dan undang-undang. Tetapi, persoalannya apakah punca sebenar merebaknya perbuatan ini dalam masyarakat kita Malaysia hari ini? Menghadapi persoalan yang semakin meruncing ini, Islam yang diutuskan Allah melalui pesuruh-Nya Rasulullah saw membawa panji Islam untuk menjamin kesejahteraan hidup umat manusia di dunia dan akhirat. Islam datang bersama dengan agenda utamanya untuk memelihara agama, nyawa, harta, keturunan, akal dan maruah kehormatan. Ini agar manusia sejagat dapat menikmati kehidupan ini dengan aman damai dan bahagia. Justeru, tiada sebarang masalah yang berlaku dalam kehidupan manusia. Islam ada menyediakan jawapan atau jalan penyelesaiannya bagi mengatasi dan selanjutnya menghapuskan masalah itu dari akar umbinya. Di sinilah letaknya keunikan Islam yang tidak ada pada agama lain. Islam adalah addin yang menjalin erat hubungan di antara seseorang Muslim dengan Allah sebagai Penciptanya dan Tuhan sekalian alam ini. Dalam erti kata lain, iman yang terpahat kukuh dalam sanubarinya mengajar seseorang Muslim betapa Allah Maha Melihat dan Mengawasi setiap gerak geri dan perilakunya. Dengan iman yang berbuahkan takwa inilah yang menjadi perisai bagi seseorang Muslim daripada terjebak ke lembah larangan Allah sama ada dosa kecil, mahupun dosa besar. Justeru, seseorang Muslim yang tebal imannya dan mantap takwanya, tidak akan berani melanggar batasan Ilahi kerana takutkan Allah dan balasan-Nya yang tiada terperi.Sebaliknya, jika imannya tipis dan mudah goyah dengan pujukan hawa nafsu dan pesona syaitan, maka dia begitu mudah terjerumus dalam perangkap dosa yang terhampar sepanjang perjalanan hidupnya, jelas bahawa kesempurnaan iman akan tercabut dari lubuk hati apabila seseorang Muslim tergamak melakukan larangan Allah. Tambahan pula, iman dan maksiat adalah dua perkara yang sentiasa berlawanan dan tidak mungkin boleh serasi dalam jiwa manusia. Iman itu adalah sinaran cahaya yang datang daripada Allah yang menerangi jalan hidup. Maksiat pula adalah noda hitam yang hanya menyebabkan kesengsaraan hidup di dunia dan akhirat. Pembuangan bayi ni berlaku pada pendapat ana adalah kerana kecetekan iman yang mengisi jiwa sanubari seseorang manusia sehingga dia tidak takut lagi untuk melakukan larangan Allah. Mereka ini sudah kegersangan jiwa yang jauh dan kering dari rahmat ilahi.jiwa mereka sudah kekeringan makanan rohani, ini adalah kerana jika jiwa diberi makanan rohani sudah tentu secara automatiknya jiwa akan tersemai akhlak mulia dan pasti akan dibajai oleh pemiliknya dengan amalan zikrullah, berdoa, membaca al-Quran, nasihat menasihat ke arah kebenaran, mereka akan sentiasa membayangkan peringatan akan seksa Allah yang amat pedih dan amalan lain yang boleh menyuburkan iman dan mendekatkan diri seseorang ke hadrat Allah. Maka di sini letaknya, kepentingan amalan tazkiyah nafs yang membawa maksud membersih dan menyucikan jiwa sanubari daripada sebarang penyakit hati yang keji . dari sudut lain pula disamping itu juga akta atau undang-undang jenayah sedia ada yang terlalu longgar juga adalah antara penyebab kepada kes pembuangan bayi yang semakin bertambah
minggu ke minggu. Oleh itu, pihak berkuasa sewajarnya bertegas dalam menguatkuasakan hukuman dan undang-undang. Hukuman yang lebih berat amat wajar dikenakan kepada pelakunya agar menjadi pengajaran kepada orang lain supaya menjauhi perbuatan itu. Perlakuan itu bukan saja sangat dikutuk oleh Islam, bahkan bertentangan dengan nilai masyarakat yang murni. Begitulah antara pendekatan yang diambil oleh Islam dalam menangani gejala sosial secara umum dan secara khusus.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

carian ilmiah blog ini

Popular Posts

ALL:TO ACHIEVE THE GOAL WE SHOULD HAVE A BRAVENESS AND LIABLE FOR THE


Download video clip Opick Assalamualaikum

bunga gugur

UNTUKKMU MUJAHIDAH

aku iri denganmu
wahai mujaheedah-mujaheedah fi sabielillah
kalian bisa bangkit menentang
hatta dengan pena
mahupun dengan pedang
menegakKan kalimah Allah
dibumi yang kian gersang

aku cemburu denganmu
wahai wanita-wanita solehah
betapa mulianya akhlakmu
betapa taatnya ibadahmu
menjunjung tinggi Quran dan sunnah di jiwamu

aku iri padamu
wahai ibu-ibu yang perkasa jiwanya
kau korbankan permatamu demi agamamu
tiada nilainya dunia di hatimu
bagimu dunia ini hanya jalan persimpangan
buatmu meraih kehidupan

aku cemburu padamu
wahai para Syahiedah
syurga telah pasti buatmu
7 langit bersorak ria menanti kehadiranmu
kau hidup, di saat darahmu tumpah membasahi bumi
kerna yang syahid takkan pernah mati

Namun,
aku sedih, aku marah
dengan diriku sendiri
jiwaku terlalu sepi
nafsuku sering merajai
adakah kernaku sering melupai Ilahi Robbi??

Ya Ilahi….
tiupkan roh-roh Iman dan Islam di jiwaku
agar aku sentiasa dekat deganMu
agar aku bisa mencintai Jihad dan Dakwah seperti nyawaku
menentang kemungkaran di setiap helaan nafasku
agar aku bisa menjadi IBU yang perkasa
mendidik para MUJAHIDAH
menjadi WANITA SOLEHAH
untuk menggapai SYAHADAH…

my playlist