BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

pembuka bicara

man la yarham la yurham!!!!

Followers

tafakur sejenak

ya Allah selamatkan palestine...

Wednesday, December 8, 2010

Manisnya ujian ilahi kalau kita tahu

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk menulis meneruskan titis perjuangan ilmiah untuk kita sama-sama berkongsi pendapat.Memang x dapat dinafikan sesungguhnya hidup ini penuh dengan liku kehidupan yang mencabar yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal disamping bersedia dengan benteng keimanan yang kadang-kadang rapuh sukar untuk dijangkakan.Ternyata ujian ilahi itu silih berganti menguji kekuatan hambanya dalam proses pemantapan diri kearah yang lebih baik.

Perkara yang perlu kita ketahui dan sedari adalah Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan serta ujian , dan setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza kerana Allah datangkan dugaan kepada hambanya adalah berdasarkan kemampuan hambanya dan Allah tak akan sesekali membebankan hambanya, nak tahu kenapa? kerana Allah itu maha pengasih serta maha penyayang . sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman kita.

Sebagaimana kata iman al ghazali di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub, ”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”

Jelas bagi kita bukan, bahawa Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran. Apa yang penting ialah kita perlu sentiasa . bersabar muhasabahkan diri pada Allah s.w.t . dan tak lupa juga ingatlah Allah serta panjatkanlah doa selalu kerana Doa itu adalah ubat yang paling mujarab.doa itu adalah senjata orang mukmin.insyaAllah ia mampu meringankan segala bentuk musibah yang melanda.

Semoga kita sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang percayalah bahawa ujian yang didatangkan pada kita adalah ujian yang bersesuaian dengan tahap iman kita sebagaimana dari hadis yang diriwayatkan oleh tirmidzi yang berbunyi : dari Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., "Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?"

Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratl
ah ujian yang diterimanya.jika agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.

Maka dengan itu diharapkan kita semua sentiasa sabar serta tabah dalam menghadapi dugaan ilahi .kita tak akan terlepas dari ujian ilahi dan setiap orang pasti akan merasainya.kita pasti akan diuji dengan dua bentuk ujian iaitu ujian dalam bentuk kesenangan dan ujian dalam bentuk kesusahan. Cuma, acapkali apabila disebut ujian Allah maka rata-rata manusia beranggapan ujian itu adalah dalam bentuk bala dan musibah. Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam pelbagai bentuk kekayaan, kekuasaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi. Bahkan ujian kesenangan sebenarnya lebih sukar kerana kebiasaannya manusia itu lupa kepada Tuhan tatkala dirinya mengecapi pelbagai kesenangan hidup. Apabila ditimpa kesusahan, kebanyakan manusia akan kembali menyeru Tuhannya. Ayuh wahai diri bangunlah dan hadapilah itu semua dengan penuh redha tawakal dan berimanlah kepada Allah.

Dan bila kita menyedari bahawa kita adalah milik tuhan maka dengan automatik kita akan sedar bahawa kita berhak diuji bila-bila masa.sebagaimana Firman Allah swt yang bermaksud : “ Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (At-Thagabun : 11)

Ketahuilah bahawa Redha akan terbit daripada diri kita dan hasilnya kita dapat menerima apa sahaja ujian dan kegagalan apabila kita menyakini dan meletakkan diri kita pada status hamba. Kita akan sedar segala-galanya sudah ditakdirkan dan yang pasti kita telah pun berusaha dengan sehabis baik yang mungkin namun keadaan tetap sama maka ketika itu apa sahaja yang berlaku ialah takdir dan ketetapan yang tiada dapat diubah.jalan terakhir adalah teguhlah beriman pada Allah, yakin , tawakal dan redhalah pada apa yang berlaku sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Alhamdulillah. Maka tugas kita ialah beriman, bertawakal dan redha sahaja dengan apa yang berlaku

P/s: buat akhi farhan dan abg Danish terima kasih atas dorongan serta kata-kata semangat buat achu dalam menghadapi ujian ilahi ini.barakallahulakuma.:-)

carian ilmiah blog ini

Popular Posts

ALL:TO ACHIEVE THE GOAL WE SHOULD HAVE A BRAVENESS AND LIABLE FOR THE


Download video clip Opick Assalamualaikum

bunga gugur

UNTUKKMU MUJAHIDAH

aku iri denganmu
wahai mujaheedah-mujaheedah fi sabielillah
kalian bisa bangkit menentang
hatta dengan pena
mahupun dengan pedang
menegakKan kalimah Allah
dibumi yang kian gersang

aku cemburu denganmu
wahai wanita-wanita solehah
betapa mulianya akhlakmu
betapa taatnya ibadahmu
menjunjung tinggi Quran dan sunnah di jiwamu

aku iri padamu
wahai ibu-ibu yang perkasa jiwanya
kau korbankan permatamu demi agamamu
tiada nilainya dunia di hatimu
bagimu dunia ini hanya jalan persimpangan
buatmu meraih kehidupan

aku cemburu padamu
wahai para Syahiedah
syurga telah pasti buatmu
7 langit bersorak ria menanti kehadiranmu
kau hidup, di saat darahmu tumpah membasahi bumi
kerna yang syahid takkan pernah mati

Namun,
aku sedih, aku marah
dengan diriku sendiri
jiwaku terlalu sepi
nafsuku sering merajai
adakah kernaku sering melupai Ilahi Robbi??

Ya Ilahi….
tiupkan roh-roh Iman dan Islam di jiwaku
agar aku sentiasa dekat deganMu
agar aku bisa mencintai Jihad dan Dakwah seperti nyawaku
menentang kemungkaran di setiap helaan nafasku
agar aku bisa menjadi IBU yang perkasa
mendidik para MUJAHIDAH
menjadi WANITA SOLEHAH
untuk menggapai SYAHADAH…

my playlist