BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

pembuka bicara

man la yarham la yurham!!!!

Followers

tafakur sejenak

ya Allah selamatkan palestine...

Tuesday, August 3, 2010

MENYELESAIKAN HUTANG JENAZAH ADALAH WAJIB





Agama Islam membenar malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang melibatkan masalah kewangan. Dalam masa yang sama, Islam memberi galakkan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.


Maksudnya: Agama Islam membenar malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang melibatkan masalah kewangan. Dalam masa yang sama, Islam memberi galakkan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.
Namun demikian, Islam begitu teliti dan amat memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang tersebut kerana ia melibatkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini sehinggalah ke akhirat kelak.

ﻋﻦ ﺍﻟﺤﻴﻦ ﺒﻦ ﻭﺤﻭﺍﺡ ﻗﺎﻝ :

ﺇﻦ ﻂﻟﺤﺔ ﺒﻦ ﺍﻟﺒﺭﺍء ﻤﺭﺾ ﻓﺄﺗﺎﻩ ﺍﻠﻨﺒﻲ ﺼﻟﻌﻢ ﻴﻌﻭﺪﻩ ﻓﻗﺎﻞ ﺇﻧﻰ ﻻ ﺃﺭﻯ ﻄﻟﺤﺔ ﺇﻻ ﻗﺪ ﺤﺪﺚ ﻓﻴﻪ ﺍﻟﻤﻭﺖ ﻓﺎﺫ ﻨﻭﻨﻰ ﺑﻪ ﻭﻋﺠﻟﻭﺍﻓﺈﻨﻪ ﻻﻴﻧﺑﻐﻰ ﻟﺠﻴﻓﺔ ﻤﺴﻠﻡ ﺃﻦ ﺗﺤﺑﺲ ﺑﻴﻦ ﻈﻬﺮﻯ ﺃﻫﻠﻪ.

Bahawasanya Thalhah bin Al-Bara’ sakit lalu Nabi Muhamad S.A.W datang untuk menjenguknya maka Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda bahawasanya Aku tidak melihat Thalhah melainkan telah dalam tekanan mati. Sebab itu beritahulah kepadaku mengenainya halnya dan segerakanlah urusannya. Kerana tidak elok bagi mayat seseorang muslim itu ditahan dihadapan keluarganya.



ﻋﻦ ﻫﺮﻴﺮﺓ ﺮﺾ. ﻗﺎﻞ :
ﻗﺎﻞ ﺍﻠﻨﺑﻰ ﺼﻠﻌﻡ : ﻨﻔﺲ ﺍﻠﻤﻭﻤﻥ ﻤﻌﻠﻗﺔ ﺑﺩﻴﻨﻪ ﺤﺗﻰ ﻴﻗﺿﻰ ﻋﻨﻪ.

Rasulullah S.A.W bersabda jiwa seseorang mukmin itu bergantung dengan hutangnya sehinggalah hutangnya itu diselesaikan


KETERANGAN HADIS

1) Hadis ini menyatakan bahawa syara’ memerintahkan untuk menyegerakan penyelesaian jenazah.
2) Dalam hadis ini juga menyatakan bahawa para waris diharuskan menyelesaikan hutang simati terlebih dahulu kerana jiwa simati akan tergantung sekiranya hutang yang berkaitan dengan dirinya tidak diselesaikan.
3) Menurut An-Nawawi lebih utama menyegerakan penyelesaian hutang simati dan berusaha melepaskan simati dari hutangnya.
4) Menurut Ibnu Qudamah menyegerakan serta menyelesaikan urusan jenazah apabila diyakini kematian simati adalah sesuatu yang dituntut kerana ia adalah perkara yang dipandang sebagai suatu kemuliaan bagi jenazah.
5) Seluruh ulama sepakat menetapkan kebaikan menyegerakan urusan jenazah dan tundaan urusan penguburan sekadar untuk memastikan kematiannya dan sekadar menunggu kedatangan orang-orang yang diperlukan doanya.


HURAIAN HADIS

Hadis ini menerangkan bahawa jiwa orang mukmin itu bergantung kepada hutangnya secara automatik, ia bersangkutan dengan orang yang mempunyai harta untuk membayar hutang. Penyelesaian hutang itu perlu disegerakan agar ia dapat diselesaikan. Ini adalah kerana jika hutang tidak dapat segera diselesaikan maka perlulah ada para pewaris menyatakan pertanggungjawabannya terhadap hutang itu sebagaimana yang telah dilakukan oleh Abu Qatadah, ketika dibawa kepada Nabi Muhammad S.A.W satu jenazah dan baginda enggan bersembahyang keatasnya kerana simati itu mempunyai hutang. Abu Qatadah berkata ‘Ya Rasulullah S.A.W sembahyangkanlah jenazahnya kerana saya akan membayar hutangnya maka Rasullullah .S.A.W pun bersembahyanglah untuknya.

Seluruh ulama’ bersepakat menetapkan kebaikan untuk menyegerakan urusan jenazah. Urusan jenazah hanya boleh ditunda sekadar untuk memastikan kematiannya dan sekadar menunggu kedatangan ahli waris. Hadis yang telah dinyatakan tadi menerangkan bahawa jiwa orang mukmin bergantung kepada hutangnya. Maka hal ini bersangkutan dengan orang yang mempunyai harta untuk membayar hutang. Orang yang tidak mempunyai harta dan tidak mampu untuk


FAKTOR YANG MENDORONG BERLAKUNYA AMALAN BERHUTANG

Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah :
1) Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.
2) Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang, lantaran itu ia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanyalah untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.
3) Sikap tidak merasa puas dan cukup dengan apa yang telah dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.
4) Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.
5) Berkehendakkan sesuatu benda yang melibatkan metarial dan kebendaan dengan cepat dan pantas walaupun pada hakikatnya ia tidak mampu berbuat demikian.

Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu merupakan keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian, pelajaran dan seumpamanya, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis iaitu : Daripada Abu Hurairah R.A., berkata seseorang ; Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik ?, Baginda bersabda 'Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya. "
Tetapi jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan merupakan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah ia berhutang, kerana hanya akan menambahkan bebanan lebih-lebih lagi jika melibatkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba'.

IMPLIKASI AMALAN BERHUTANG
1) Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusiayang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.
2) Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam kancah resah gelisah dihantui oleh bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.
3) Seseorang yang terbeban dengan hutang itu akan memungkinkan ia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh Syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.
4) Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya setelah meniggal dunia sehinggalah dilunaskan segala hutang piutangnya semasa hidup. Sabda Rasulullah S.A.W; " Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya.
Rasulullah S.A.W pernah berwasiat kepada para sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya: Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas'
5. Amalan berhutang ini bukan sahaja melibatkan kehidupan dunia semata-mata, bahkan ia berpanjangan hingga ke hari akhirat. Sabda Rasulullah S.A.W: Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah di hari Hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi "
6. Mereka yang berhutang walau sebanyak manapun amalan kebaikan yang dilakukan, ia tidak akan selamat di dunia dan di akhirat sekalipun dia mati syahid. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya
Rasulullah S.A.W sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, bahawa bila didatangkan kepada Rasulullah S.A.W satu jenazah, Rasulullah S.A.W tidak akan bertanya tentang amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, baginda menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah tersebut atau baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang tersebut akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.
Contoh - contoh Dalam Situasi Berhutang
Pelbagai contoh dan situasi behubung dengan hutang yang boleh kita teladani dan insafi antaranya ialah :-
1. Seseorang peniaga membuka sesuatu perniagaan dan memberi kemudahan berhutang kepada pelanggan-pelanggan, setelah tiba tempoh pembayaran hutang tersebut, mereka gagal berbuat demikian, perkara ini sudah tentu akan mendatangkan kerumitan kepada peniaga tersebut untuk meneruskan perniagaan sehingga boleh menyebabkan perniagaan itu ditutup.
2. Seseorang yang diterima untuk melanjutkan pengajian dengan mendapat pinjaman biasiswa. Setelah membuat perjanjian untuk membayar balik pinjaman tersebut dan setelah sampai tempohnya , dia mengabaikan perjanjian itu. Perkara ini akan menimbulkan kesukaran kepada pihak yang memberi pinjaman untuk meneruskan perkhidmatan seperti itu kepada generasi yang akan datang.
3. Bayangkanlah jika seseorang itu berhutang dengan institusi kewangan yang berkaitan dengan orang ramai umpamanya pinjaman kewangan kerajaan atau koperasi sudah pasti ia akan menjadi lebih rumit untuk diselesaikan apabila tiba hari pengadilan di hadapan Allah S.W.T kerana melibatkan ramai pihak. Oleh itu kita perlu berhati-hati dalam hal berhutang supaya tidak tergolong dalam golongan-golongan yang tersebut di atas.
Implikasi Melewat-lewatkan Bayaran Hutang
Apabila seseorang itu berhutang, maka ia wajib membayarnya semula dengan kadar segera setelah berkemampuan berbuat demikian.
Islam menganjurkan antara perkara-perkara yang wajib disegerakan di atas dunia ini ialah membayar segala hutang piutang selain daripada menyegerakan pengkebumian jenazah dan mengkahwinkan anak perempuan.
Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayarnya, boleh mendatangkan kesan yang buruk dalam kehidupannya bukan sahaja didunia bahkan di akhirat antaranya:-
1) Mereka akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya
2) Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T
3) Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim
4) Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima sebagaimana Sabda Rasululah :Maksudya" Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya adalah satu kezaliman, halal maruahnya dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya.
Seseorang yang berhutang itu, telah berjanji untuk membayar hutang mengikut sesuatu tempoh, tetapi dia tidak menepatinya, maka dia tergolong dalam golongan orang yang munafik sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:-" Tanda-tanda orang munafik itu ada empat iaitu;

1) Apabila bercakap dia mendustainya
2) Apabila berjanji dia memungkirinya
3) Apabila diberi amanah dia mengkhianatinya
4) Apabila bergaduh dia berlebih-lebihan. "
Dalam konteks masyarakat kita pada hari ini terdapat segelintir masyarakat yang berhutang, tetapi tidak menjelaskan hutang tersebut. Seringkali kita dengar dan lihat melalui laporan media cetak dan elektronik menerangkan tentang situasi mereka yang terpaksa berdepan dengan pelbagai bahaya bukan sahaja kepada dirinya malah turut melibatakan ahli keluarga yang menjadi mangsa seperti diugut, dipukul, disamun, dibunuh dan sebagainya.
Dalam masa yang sama, pinjaman hutang yang terlalu tinggi ditambah pula dengan bunga-bunganya menyebabkan si pemiutang tidak mampu untuk membayarnya. Disebabkan tidak tahan melalui semua itu, mereka mengambil jalan pintas dengan membunuh diri dan ada juga dikalangan mereka yang dibunuh dengan kejam.
Syor Dan Saranan
Setiap orang diharuskan berhutang tetapi harus diingat janganlah nilai hutang itu terlalu tinggi sehingga membebankan diri sendiri apabila hendak membayarnya.
Setiap hutang akan melibatkan pemberi dan pemiutang. Bagi menjamin hubungan mesra sesama manusia, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab si pemiutang untuk membayar semula apabila sampai tempoh perjanjiannya. Allah S.W.T berfirman


Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah serta sempurnakanlah perjanjian"
Pihak yang memberi hutang perlu mewujudkan satu perjanjian atau kontrak semasa berlakunya 'akad. Ini bagi mengelakkan sebarang bentuk penipuan berlaku seperti tidak langsung membayar semula hutang tersebut. Allah berfirman:




Maksudnya: Wahai orang yang beriman apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa tertentu makan hendaklan kamu menulis (perjanjian hutang dan bayaran) dan hendaklah ditulis oleh seorang yang adil dan janganlah sesorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah mengajarkan. Hendaklah ia menulis dan orang yang berhutang merencana dengan jelas dan hendaklah bertakwa kepada Allah dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutangnya itu"
Orang yang berhutang hendaklah mempunyai sikap bertanggungjawab di atas hutangnya. Jangan sekali-kali menangguhkan pembayaran hutang tersebut apabila mempunyai peluang untuk membayar hutang kerana perbuatan tersebut digolongkan dalam perbuatan zalim dan dia berhak mendapat hukuman di atas perbuatannya itu.
Orang yang berhutang hendaklah tidak terpengaruh dengan anasir-anasir buruk yang boleh membawa kepada bebanan hutang. Ia perlu mengamalkan sikap sabar dan cukup dengan apa yang dimiliki.

Kesimpulan
Islam sangat mengambil berat dalam soal pembayaran hutang, dalam erti kata lain pembayaran hutang merupakan suatu syarat untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.
• Seseorang yang berhutang hendaklah berniat dalam hatinya untuk menunaikan hutang tersebut mengikut tempoh masanya kerana Allah S.W.T akan memudahkan baginya untuk membayar hutangnya.
Seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran jika mempunyai peluang untuk membayarnya kerana perbuatan tersebut adalah tergolong dalam perbuatan orang yang zalim.
Kita mesti mempunyai sifat syukur kepada Allah S.W.T. dengan apa yang telah kita miliki dan melaksanakan sifat amanah serta tanggungjawab agar kita dilindungi daripada bahaya dunia dan akhirat

carian ilmiah blog ini

Loading...

Popular Posts

ALL:TO ACHIEVE THE GOAL WE SHOULD HAVE A BRAVENESS AND LIABLE FOR THE


Download video clip Opick Assalamualaikum

bunga gugur

UNTUKKMU MUJAHIDAH

aku iri denganmu
wahai mujaheedah-mujaheedah fi sabielillah
kalian bisa bangkit menentang
hatta dengan pena
mahupun dengan pedang
menegakKan kalimah Allah
dibumi yang kian gersang

aku cemburu denganmu
wahai wanita-wanita solehah
betapa mulianya akhlakmu
betapa taatnya ibadahmu
menjunjung tinggi Quran dan sunnah di jiwamu

aku iri padamu
wahai ibu-ibu yang perkasa jiwanya
kau korbankan permatamu demi agamamu
tiada nilainya dunia di hatimu
bagimu dunia ini hanya jalan persimpangan
buatmu meraih kehidupan

aku cemburu padamu
wahai para Syahiedah
syurga telah pasti buatmu
7 langit bersorak ria menanti kehadiranmu
kau hidup, di saat darahmu tumpah membasahi bumi
kerna yang syahid takkan pernah mati

Namun,
aku sedih, aku marah
dengan diriku sendiri
jiwaku terlalu sepi
nafsuku sering merajai
adakah kernaku sering melupai Ilahi Robbi??

Ya Ilahi….
tiupkan roh-roh Iman dan Islam di jiwaku
agar aku sentiasa dekat deganMu
agar aku bisa mencintai Jihad dan Dakwah seperti nyawaku
menentang kemungkaran di setiap helaan nafasku
agar aku bisa menjadi IBU yang perkasa
mendidik para MUJAHIDAH
menjadi WANITA SOLEHAH
untuk menggapai SYAHADAH…

my playlist