BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

pembuka bicara

man la yarham la yurham!!!!

Followers

tafakur sejenak

ya Allah selamatkan palestine...

Saturday, August 14, 2010

Ramadhan...

Alhamdulillah hari ini kita sudah menjejaki malam kelima bulan ramadhan bulan yang penuh dengan seribu keberkatan dan kemuliaan, yang mana di dalam bulan ramadhan ini terdapat keredhaan , keampunan, jaminan, kejinakkan dan anugerah daripada Allah taala kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang melaksanakan amal makruf nahi mungkar ,.

syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih dipanjangkan umur untuk mengecapi ramadhan pada kali ini, ramadhan adalah bulan yang ditungu-tungu oleh semua umat islam kerana pada bulan inilah terdapat ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, dan yang paling teristimewa pada bulan ini juga terdapat satu malam yang dnamakan malam Lailatul Qadar. malamnya adalah malam rahsia yang tidak diketahui oleh umat manusia.

Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang diturunkan kepada malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. beruntunglah bagi Orang yang berjaga malam dengan melaksanakan qiamulail dan ibadat sampingan yang lain , subhanallah bertuahlah orang-orang yang memanfaatkan malam-malam sepanjang ramadhan ini kerana hanya orang-orang solihin yang menghampirkan diri dengan Allah sahaja yang mana sekiranya mereka berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam maka akan diampunkan Allah segala dosanya..
Perlu kita ingan bahawa pada malam lailatul qadar tersebut terdapat pahala yang begitu banyak yang mana ia dikatakan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan, malamnya dilimpahi rahmat yang tidak terhingga kerana disertai keampunan dan rahmat terbesar dari Allah swt, tidak terdetik kah perasaan cemburu kita, tidak terujakah diri kita untuk sama-sama merebut malam itu?masyaAllah beruntunglah bagi sesiapa yang mengejar malam tersebut , tahukah kita bahawa pada bulan ini jugalah Allah menerima ampunan taubat hambanya kerana maksud ramadhan itu sendiri adalah bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya.

dalam hadis dari Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi

Berdasarkan hadis di atas jelas menceritakan kepada kita betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama hidupkannya dengan segala amalan sunnah yang mampu kita laksanakan selagi terdaya . hadis tersebut turut menggambarkan kepada kita betapa pentingnya keikhlasan dan keimanan dalam menunaikan ibadat kerana dapat kita lihat bahawa ibadah puasa yang kita lakukan mampu dijadikan sebagai perisai untuk menjerumuskan diri kita dari terjebak ke lembah maksiat, bukti yang paling ketara yang dapat kita lihat ialah ketika berpuasa di bulan ramadhan ini kita berpuasa bukannya pada makan dan minum sahaja tapi turut melibatkan anggota badan yang lain.
maka secara automatiknya tanpa kita sedari anggota dan hati kita juga turut mendapat tarbiyah dalam bulan ini.. dalam bulan ini juga memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa akhlak kita memang mampu dibentuk kerana pada bulan ramadhan inilah kita belajar bersabar, menahan marah, menahan nafsu, melipat gandakan ibadat, belajar menghormati dan sebagainya.kita juga melatih diri kita agar berpuasa dari sudut penglihatan, pendengaran, menjaga lidah dan berbagai lagi amalan mahmudah yang dituntut dalam islam. jelaslah dapat kita lihat hasilnya bahawa kedatangan ramadhan adalah barakah bagi kita umat islam kerana ibadah puasa yang ada pada bulanya mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat. maka sama-samalah kita semua memakmurkan bulan ramadhan yang mulia ini, marilah kita kejar dan rebut fadhilat yang ada pada bulan ini semoga amalan yang kita lakukan dibulan ini diterima oleh Allah swt dan semoga kita terus istiqamah dengan ap yang kita lakukan insyaAllah. .....jazakallahu khoiran jaza'

carian ilmiah blog ini

Popular Posts

ALL:TO ACHIEVE THE GOAL WE SHOULD HAVE A BRAVENESS AND LIABLE FOR THE


Download video clip Opick Assalamualaikum

bunga gugur

UNTUKKMU MUJAHIDAH

aku iri denganmu
wahai mujaheedah-mujaheedah fi sabielillah
kalian bisa bangkit menentang
hatta dengan pena
mahupun dengan pedang
menegakKan kalimah Allah
dibumi yang kian gersang

aku cemburu denganmu
wahai wanita-wanita solehah
betapa mulianya akhlakmu
betapa taatnya ibadahmu
menjunjung tinggi Quran dan sunnah di jiwamu

aku iri padamu
wahai ibu-ibu yang perkasa jiwanya
kau korbankan permatamu demi agamamu
tiada nilainya dunia di hatimu
bagimu dunia ini hanya jalan persimpangan
buatmu meraih kehidupan

aku cemburu padamu
wahai para Syahiedah
syurga telah pasti buatmu
7 langit bersorak ria menanti kehadiranmu
kau hidup, di saat darahmu tumpah membasahi bumi
kerna yang syahid takkan pernah mati

Namun,
aku sedih, aku marah
dengan diriku sendiri
jiwaku terlalu sepi
nafsuku sering merajai
adakah kernaku sering melupai Ilahi Robbi??

Ya Ilahi….
tiupkan roh-roh Iman dan Islam di jiwaku
agar aku sentiasa dekat deganMu
agar aku bisa mencintai Jihad dan Dakwah seperti nyawaku
menentang kemungkaran di setiap helaan nafasku
agar aku bisa menjadi IBU yang perkasa
mendidik para MUJAHIDAH
menjadi WANITA SOLEHAH
untuk menggapai SYAHADAH…

my playlist