BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

pembuka bicara

man la yarham la yurham!!!!

Followers

tafakur sejenak

ya Allah selamatkan palestine...

Monday, January 14, 2013

Terima kasih syukur padamu ya Allah.







Sabar dan merancangla terlebih dahulu, insyaAllah mampu mengelak daripada kekecewaan dan kesulitan.

Perkataan diatas ada benarnya dengan apa yang berlaku pada diri ana...Pertama kali ditugaskan  dikawasan yang jauh dari rumah sedikit mengugat hati ana, pelbagai andaian datang menerjah fikiran namun kata2 ibu memujuk hati ana. masih terngiang-ngiang lagi kata ibu " adik pergi dulu sana, tengok tempat dia macamana, cuba duduk dulu ,mana tahu lepas ni adik lebih suka tinggal kat sana." kata -kata ibu ditelan  dengan hambar, diterima dalam samar-samar tapi  berjaya juga sedikit sebanyak menenangkan hati ana. 

Bila sampai aje ditempat yang dimaksudkan dugaan bersilih ganti.Allahurabbi Engkaula yang Maha mengetahui setiap sesuatu. ana hampir give up walaupun da seminggu berada disini, Namun  ana cekalkan hati  dan benarla Allah itu maha Agung, berbekalkan  sabar yang semakin tipis ,semua urusan berjalan begitu lancar, subhanallah syukur sesangat ya Allah. terima kasih juga buat umi dan ibu yang senantiasa memberikan kata semangat pada ana sepanjang berada disini .terima kasih juga pada abang ana yang sanggup menemani adiknya seminggu ditempat baru, budimu hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya, terima kasih juga pada pakcik2 dekat tempat kerja yang sudi membantu ana.moga Allah membalas jasa baik kalian........ana tetap akan mencurahkan bakti disini selagi termampu..benar kata orang  jangan kita berhenti dari berusaha walaupun kita berada cuma sejengkal dari matlamat kita? Kadang-kadang kita terperangkap dengan memikirkan bahawa nasib tidak menyebelahi kita namun sebenarnya sikap kita sendiri yang membuatkan diri kita sakit dan gagal.

Jika kita sabar dan mengambil sedikit masa untuk mempelajari alam sekeliling kita, InsyaAllah kita akan memperoleh sesuatu yang diluar jangkaan kita.

begitu juga bila kita berada dalam keadaan yang sukar, ada  baiknya kita duduk dan menarik nafas untuk seketika, bertenang dan berfikir semula tentang situasi tersebut. Apakah ada langkah-langkah lain yang perlu kita ambil atau mungkin ada seseorang yang telah berjaya yang boleh memberi pandangan dan nasihat. Kesombongan dan kekecewaan hanya akan menghalang kita daripada mendapatkan ilmu atau pandangan yang boleh membantu kita mengatasi kesulitan yang kita alami.. malas bertanya, sesat jalan.

Sabarla dalam setiap perkara. Jangan terlalu gopoh dalam mengejar sesuatu. Merancang dan meneliti setiap langkah akan menjimatkan masa dan tenaga kita. Adalah lebih baik melangkah dengan sabar dan bijak dalam menangani apa jua situasi insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita.amin

carian ilmiah blog ini

Popular Posts

ALL:TO ACHIEVE THE GOAL WE SHOULD HAVE A BRAVENESS AND LIABLE FOR THE


Download video clip Opick Assalamualaikum

bunga gugur

UNTUKKMU MUJAHIDAH

aku iri denganmu
wahai mujaheedah-mujaheedah fi sabielillah
kalian bisa bangkit menentang
hatta dengan pena
mahupun dengan pedang
menegakKan kalimah Allah
dibumi yang kian gersang

aku cemburu denganmu
wahai wanita-wanita solehah
betapa mulianya akhlakmu
betapa taatnya ibadahmu
menjunjung tinggi Quran dan sunnah di jiwamu

aku iri padamu
wahai ibu-ibu yang perkasa jiwanya
kau korbankan permatamu demi agamamu
tiada nilainya dunia di hatimu
bagimu dunia ini hanya jalan persimpangan
buatmu meraih kehidupan

aku cemburu padamu
wahai para Syahiedah
syurga telah pasti buatmu
7 langit bersorak ria menanti kehadiranmu
kau hidup, di saat darahmu tumpah membasahi bumi
kerna yang syahid takkan pernah mati

Namun,
aku sedih, aku marah
dengan diriku sendiri
jiwaku terlalu sepi
nafsuku sering merajai
adakah kernaku sering melupai Ilahi Robbi??

Ya Ilahi….
tiupkan roh-roh Iman dan Islam di jiwaku
agar aku sentiasa dekat deganMu
agar aku bisa mencintai Jihad dan Dakwah seperti nyawaku
menentang kemungkaran di setiap helaan nafasku
agar aku bisa menjadi IBU yang perkasa
mendidik para MUJAHIDAH
menjadi WANITA SOLEHAH
untuk menggapai SYAHADAH…

my playlist