BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

pembuka bicara

man la yarham la yurham!!!!

Followers

tafakur sejenak

ya Allah selamatkan palestine...

Tuesday, August 3, 2010

sihir dan hukumnya


Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan atau hati atau akal orang yang disihir dengan tanpa melalui sentuhan sama sekali, yang dilakukan diluar daripada hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.
Sihir juga dikatakan tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah s.w.t. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan. Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang manusia melakukannya. Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Sememangnya terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat.
Ini adalah kerana mukjizat adalah mengubah sesuatu hakikat yang realiti dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun. Sedangkan sihir adalah perkara aneh yang menggunakan perantaraan syaitan dan jin. Sihir ialah sesuatu yang sebabnya sangat halus dan tersembunyi yang tidak dapat dilihat oleh pandangan mata. Sihir adalah kerjasama seseorang dengan syaitan. Syaitan akan melakukan tugasnya sebagaimana yang diingini oleh tukang sihir dengan syarat ia juga memenuhi kehendak syaitan.

HUKUM SIHIR MENURUT ISLAM
Sihir telah wujud pada zaman para Nabi lagi. Penggunaanya secara berleluasa dapat dilihat pada zaman Nabi Musa a.s. ketika mana Firaun dan pengikutnya telah mencabar kerasulan Nabi Musa a.s. Ketika inilah tukang-tukang sihir telah menggunakan ilmu yang telah dimiliki untuk mencabar mukjizat Nabi Musa a.s.

Memiliki ilmu sihir menyebabkan seseorang itu akan kelihatan hebat dan berani kerana keyakinan individu terhadap keistimewaan ilmu sihir. Kadang-kadang manusia yang mengamalkannya boleh menggunakan untuk tujuan kejahatan seperti mengenakan sihir kepada orang lain atau membalas demdam kepada seseorang individu.

Sihir dikategorikan sebagai jenayah yang dihukumkan dalam jenayah yang boleh dikenakan qisas yang mana ianya adalah hukuman yang dilaksanakan seimbang dengan kesalahan yang dilakukan. Ekoran daripada itu satu keputusan telah dikeluarkan berkaitan sihir bertarikh 11 oktober 1993 yang mengatakan bahawa perbuatan sihir adalah dosa besar dan boleh membawa kepada syirik dan hukum mempelajarinya adalah haram,
Ulama telah bersepakat bahawa sihir itu hukumnya haram , demikian juga bagi perilaku dan orang yang menghalalkannya disifatkan sebagai telah kufur. Abu hurairah r.a meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w telah bersabda yang mafhumnya sepertimana berikut: jauhilah tujuh perkara yang membinasakan , sahabat bertanya , Apakah dia ya Rasulullah? Baginda Bersabda: “Mempersekutukan Allah S.W.T , sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah S.W.T, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang, dan menuduh wanita yang baik-baik melakukan zina.
Sahabat Abu Musa Al-Asy’ari juga meriwayatkan bahawa Rasulullah ada bersabda : Tiga perkara orang yang akan masuk neraka iaitu penagih khamar, memutuskan hubungan silatulrahim dan orang yang membenarkan sihir.
Oleh itu kita adalah sebagai penganut agama Islam adalah dilarang samakali daripada mengamalkan sihir, kerana pengamalan sihir ini dianggap seolah-olah pengamalnya cuba untuk mengingkari hukum Allah dan alam. Ianya seolah-olah cuba menyaingi kuasa Allah. Maka adalah wajar keputusan yang dikeluarkan mengatakan bahawa bagi mana-mana Pengamal sihir yang mendatangkan mudarat kepada manusia lain selain berdosa besar maka ia juga boleh juga dianggap sebagai pelaku jenayah, Sekiranya terbukti kesalahan maka wajib dihukum qisas ataupun hudud.

sumber dari :

Abu Mazaya Al-Hafiz et al, Fiqh jenayah Islam,

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

carian ilmiah blog ini

Popular Posts

ALL:TO ACHIEVE THE GOAL WE SHOULD HAVE A BRAVENESS AND LIABLE FOR THE


Download video clip Opick Assalamualaikum

bunga gugur

UNTUKKMU MUJAHIDAH

aku iri denganmu
wahai mujaheedah-mujaheedah fi sabielillah
kalian bisa bangkit menentang
hatta dengan pena
mahupun dengan pedang
menegakKan kalimah Allah
dibumi yang kian gersang

aku cemburu denganmu
wahai wanita-wanita solehah
betapa mulianya akhlakmu
betapa taatnya ibadahmu
menjunjung tinggi Quran dan sunnah di jiwamu

aku iri padamu
wahai ibu-ibu yang perkasa jiwanya
kau korbankan permatamu demi agamamu
tiada nilainya dunia di hatimu
bagimu dunia ini hanya jalan persimpangan
buatmu meraih kehidupan

aku cemburu padamu
wahai para Syahiedah
syurga telah pasti buatmu
7 langit bersorak ria menanti kehadiranmu
kau hidup, di saat darahmu tumpah membasahi bumi
kerna yang syahid takkan pernah mati

Namun,
aku sedih, aku marah
dengan diriku sendiri
jiwaku terlalu sepi
nafsuku sering merajai
adakah kernaku sering melupai Ilahi Robbi??

Ya Ilahi….
tiupkan roh-roh Iman dan Islam di jiwaku
agar aku sentiasa dekat deganMu
agar aku bisa mencintai Jihad dan Dakwah seperti nyawaku
menentang kemungkaran di setiap helaan nafasku
agar aku bisa menjadi IBU yang perkasa
mendidik para MUJAHIDAH
menjadi WANITA SOLEHAH
untuk menggapai SYAHADAH…

my playlist