BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

pembuka bicara

man la yarham la yurham!!!!

Followers

tafakur sejenak

ya Allah selamatkan palestine...

Thursday, September 26, 2013

BEKAM DAN KEPENTINGANNYA


Apa Itu Bekam?

 Bekam  adalah perubatan islam yang sangat digalakkan.     ia adalah pengubatan yang sangat dianjurkan oleh Nabi SAW. 
 Hal ini karena melalui bekam dapat dibuktikan bahawa kaedah 
bekam mampu mengubati berbagai macam penyakit. 
Samada  penyakit yang terjadi berpunca dari terganggunya 
peredaran darah seperti tekanan darah tinggi, hipertensi, kolesterol 
,sistem sarafataupun penyakit- penyakit yang terjadi disebabkan oleh 
gangguan fungsi organ tubuh seperti jantung, pencernaan dan banyak lagi.
Dalam hadis rasulullah saw :Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
 "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT
" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)
Manfaat  yang akan diperolehi sekiranya melakukan Bekam ialah  dapat
 menyembuhkan penyakit  dengan izin Allah karena pada dasarnya terapi bekam terjadi tiga hal prinsip penyembuhan, iaitu :

1.  Melalui pengeluaran toksin dan darah kotor.  
Dengan Berbekam  darah kotor dan toksin dapat dikeluarkan,
seterusnya menjadikan badan sihat dan lebih bertenaga.

2. Memperbaiki fungsi organ tubuh
Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara bekam
 iaitu  membaiki jaringan sel yang ada padanya sehingga
 boleh berfungsi dan sihat kembali.

3. Penambahan antibodi tubuh. 
Organ tubuh yang diserang kuman penyakit dapat sembuh secara semulajadi 
 kerana tubuh akan menghasilkan zat antibodi yang boleh membunuh kuman penyakit
 apabila kita melakukan bekam. Justeru jika organ tubuh sudah bebas dari serangan penyakit
 maka tubuh pun akan lebih bertambah sihat..tubuh badan yang sihat bakal
 menentukan pemikiran yang sihat.

KEPENTINGAN BERBEKAM

1) Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang
 mengandungi toksid,toksin,uric acid,kolestrol,angin,sel darah merah yang rosak
 dan juga unsur gangguan jin.Selepas berbekam kita akan terus terasa segar
 dan bertenaga kerana badan akan menjadi jadi ringan
 akibat pengeluaran toksid dari badan. 

2) Akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu juga  akan
 meningkatkan hormon regenerasi sel. Hormon ini bertindak
 untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat 
kerosakan/kecederaan.  Organ tubuh yang terganggu fungsinya
 akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel
 yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali.
 Contohnya kita berbekam pada titik jantung,hormon tersebut
 akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung,
 jadi jika ada apa2 berlaku pada jantung pada masa akan datang,
 sistem badan secara auto akan memperbaiki/menstabilkan 
 kelemahan pada organ yang berkaitan jantung. 
Tapi kita juga kena ingat semua yang berlaku adalah dari izin ilahi.


3) Apabila berbekam, secara tak langsung akan meningkatkan 
sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami
 infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik
 kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu
 membunuh kuman penyakit yang membahayakan. 
 Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang
 infeksi penyakit maka tubuh pun akan
 sihat kembali seperti biasa.

p/s: bagi yang berminat untuk berbekam hubungi
 wan: 01115672100 charge yang dikenakan
 adalah bergantung pada kemampuan anda.....



Thursday, September 19, 2013

MINUMAN KESIHATAN BERKHASIAT SERTA MURAH..........

Mesti ramai tak percaya bila sebut makanan kesihatan yang murah dan berkhasiat kan?......saya  pun tak percaya tapi hakikatnya  memang realiti....baru2 ini ada jumpa kawan.dia jual makanan kesihatan seperti cuka kurma,
 cuka delima,
 cuka epal, 
cuka anggur,
 minyak zaitun,
 madu lebah 
 habatus sauda'
dan  semuanya ini dijual  dengan harga yang memuaskan dan memang murah. bayangkan semua list dekat atas tak lebih dari Rm20 sahaja sebotol 500ml.  bagi yang berminat cubalah hubungi pengedarnya
 cik wan 01115672100.



Saturday, May 25, 2013

selamat hari guru!!!!!!!


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
selamat hari guru buat semua rakan pendidik sekalian,
muallim, murshid, murabby.....apa-apa gelaran
pun ianya hanya datang dari seorang guru biasa
yang berjiwa besar, jadilah guru yang ikhlas untuk 
melahirkan murid yang mumtaz....mabruk alla kullukum.

16 mei 2013
Dalam ramai2 pelajar yang mengucapkan selamat 
hari guru, ana paling tertarik dengan seorang pelajar 
berbangsa cina caranya lain daripada yang lain.
 menunggu dibelakang  pintu seakan2 malu.
.bila ana menghampiri dia  mengucapkan  
" chow an lousher" selamat pagi cikgu
ana membalas balik dengan ucapan selamat pagi, 
dan dia menghulurkan 3 kuntum bunga dengan ucapan
"selamat Hari guru" ana mengucapkan terima kasih
dan bertanya kenapa 3 kuntum bunga sbb pelajar lain 
beri sekuntum je. dia senyum dan berbisik three 
means i love u ......haha ana tersenyum padanya
dalam hati cukup terharu. terima kasih. :-)

Wednesday, May 1, 2013

coretan kehidupanku.....:-)



Alhamdulillah hari ni da masuk 4 bulan berada di negeri Perak,
kata orang kalau tak rasai sendiri kita tak akan tahu,
 tepat sekali memang agreed sesangat ngan satement tu,
 kalau tak kenal maka tak cinta...hehe...kali pertama
mendengar nama tempat dan sekolah yang akan ditugaskan,
 macam2 ;persoalan timbul dalam hati, risau tak payah
 diceritakanlah. yelah dalam hati tak pernah terdetik sedikit
pun untuk mengajar di SJKC. Kawasan luar bandar..  Huhuhu ,
 tapi xper niat kerana Allah nak ajar anak bangsa in sha Allah
 moga dipermudahkan segala urusan,,,,first time come
 terkejut jugak tengok bangunan sekitarnya...cam duk zaman
p.ramlee je...bangunan lama tapi masih lagi gah berdiri
di kiri kanan jalan.  Then pergi serve sekolah....comel je
 sekolah hehe teringat zaman bebudak dulu2 selalu buli abang
 kena bawak beg n buku yang berat....almaklumlah adik la kan,
kalau si abang tak tolong nanti ada peti aduan lak, tak pasal2
 kena bebel ngan mak nanti..hehe Bila da habis tinjau sekolah,
 try cari tempat menginap lak...Nak senang bukannya senang,
umah x jumpa so kna la ulang alik  selama 4 hari  dari  sekolah
 ngan umah kakak ipar yang jaraknya 50 km. huhuhu x tahan
 jugak setiap hari 100km pergi balik bagi  saya guru baru la.
.penat rasanya.. cari punya cari dapat lak jugak yang jaraknya
hampir 700 meter dari sekolah,   ok la kan xdela  jauh sangat
daripada duk ulang alik 100km tu.memang ok sesangatla.
.Alhamdulillah syukur padamu ya Allah kerana permudahkan
urusanku. Bila duk sini rasa tenang je, nak pergi sekolah  waktu
 pagi  xdelah jem sesangat,  malam  sunyi je sebab kawasan
 kampung semua orang duk dalam umah masing2...tapi kedai kat
 sini memang x bukak da waktu malam, kalau nak beli so kna beli
awal2 lagi la  sebab malam da tak bukak da...Mesin ATM memg
 xde,  so kna prepared duit  secukupnya  la kat cni,  kna budget
 btul2 nak pakai berapa,,,,,,,coz klu nak keluarkan duit kna keluar
 ke bandar la yang mengambil masa 40 minit ......huhuhu......Tp ok la
 klu nak dibandingkan dengan rakan  yg kna mengajar dikawasan
pedalaman sabah n sarawak sana. .Demi untuk menyampaikan Ilmu
 In sha Allah semuanya bisa dihadapi, alah bisa tegal biasa,amin.
Tanpa disedari hari demi hari sekarang ni dah masuk 4 bulan berada
 di sini.....alhamdulillah berjaya jugak bertahan walau pada mulanya
 banyak juga dugaan yang datang  tapi manis yang mengiringi bila kita
 hadapi ngan penuh sabar dan redha.  Erm sepanjang kat sini dapat
 jiran yang baik hati,  dekat sekolah lak dapat guru besar yang bagi
support, dikelilingi cikgu2 senior yang sudi memberi tunjuk ajar dan
 bimbingan, bukan itu sahaja tau  tp dapat kakak PT atau akak kerani
 yg sangat baik sentiasa je menolong,  pakcik2 guard serta makcik
dan pakcik tukang kebun yg baik hati...
.Alhamdulilah jasa baik kalian sentiasa terpahat dihati.....

Monday, March 25, 2013

Amalan Anak Adam yang dapat Menyakiti Iblis






Amalan Yang Dapat Menyakiti Iblis

Rasulullah bertanya kepada iblis, Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?
Aku merasa panas dingin dan gemetar.

Kenapa?
Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 derajat.

Jika seorang umatku berpuasa?
Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka.

Jika ia berhaji?
Aku seperti orang gila.

Jika ia membaca al-Quran?
Aku merasa meleleh laksana timah diatas api.

Jika ia bersedekah?
aku rasakan spertie orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.

Mengapa kau rasa begitu?
Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya. Yaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.

Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?
Suara kuda perang di jalan Allah.

Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?
Taubat orang yang bertaubat.

Apa yang dapat membakar hatimu?
Istighfar di waktu siang dan malam.

Apa yang dapat mencoreng wajahmu?
Sedekah yang diam – diam.

Apa yang dapat menusuk matamu?
Solat  subuh" 

Apa yang dapat memukul kepalamu?
Solat berjamaah.

Apa yang paling mengganggumu?
Majlis para ulama.

Bagaimana cara makanmu?
Dengan tangan kiri dan jariku.

Dimanakah kau menaungi anak – anakmu di musim panas?
Di bawah kuku manusia.

Monday, January 14, 2013

Terima kasih syukur padamu ya Allah.







Sabar dan merancangla terlebih dahulu, insyaAllah mampu mengelak daripada kekecewaan dan kesulitan.

Perkataan diatas ada benarnya dengan apa yang berlaku pada diri ana...Pertama kali ditugaskan  dikawasan yang jauh dari rumah sedikit mengugat hati ana, pelbagai andaian datang menerjah fikiran namun kata2 ibu memujuk hati ana. masih terngiang-ngiang lagi kata ibu " adik pergi dulu sana, tengok tempat dia macamana, cuba duduk dulu ,mana tahu lepas ni adik lebih suka tinggal kat sana." kata -kata ibu ditelan  dengan hambar, diterima dalam samar-samar tapi  berjaya juga sedikit sebanyak menenangkan hati ana. 

Bila sampai aje ditempat yang dimaksudkan dugaan bersilih ganti.Allahurabbi Engkaula yang Maha mengetahui setiap sesuatu. ana hampir give up walaupun da seminggu berada disini, Namun  ana cekalkan hati  dan benarla Allah itu maha Agung, berbekalkan  sabar yang semakin tipis ,semua urusan berjalan begitu lancar, subhanallah syukur sesangat ya Allah. terima kasih juga buat umi dan ibu yang senantiasa memberikan kata semangat pada ana sepanjang berada disini .terima kasih juga pada abang ana yang sanggup menemani adiknya seminggu ditempat baru, budimu hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya, terima kasih juga pada pakcik2 dekat tempat kerja yang sudi membantu ana.moga Allah membalas jasa baik kalian........ana tetap akan mencurahkan bakti disini selagi termampu..benar kata orang  jangan kita berhenti dari berusaha walaupun kita berada cuma sejengkal dari matlamat kita? Kadang-kadang kita terperangkap dengan memikirkan bahawa nasib tidak menyebelahi kita namun sebenarnya sikap kita sendiri yang membuatkan diri kita sakit dan gagal.

Jika kita sabar dan mengambil sedikit masa untuk mempelajari alam sekeliling kita, InsyaAllah kita akan memperoleh sesuatu yang diluar jangkaan kita.

begitu juga bila kita berada dalam keadaan yang sukar, ada  baiknya kita duduk dan menarik nafas untuk seketika, bertenang dan berfikir semula tentang situasi tersebut. Apakah ada langkah-langkah lain yang perlu kita ambil atau mungkin ada seseorang yang telah berjaya yang boleh memberi pandangan dan nasihat. Kesombongan dan kekecewaan hanya akan menghalang kita daripada mendapatkan ilmu atau pandangan yang boleh membantu kita mengatasi kesulitan yang kita alami.. malas bertanya, sesat jalan.

Sabarla dalam setiap perkara. Jangan terlalu gopoh dalam mengejar sesuatu. Merancang dan meneliti setiap langkah akan menjimatkan masa dan tenaga kita. Adalah lebih baik melangkah dengan sabar dan bijak dalam menangani apa jua situasi insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita.amin

carian ilmiah blog ini

Popular Posts

ALL:TO ACHIEVE THE GOAL WE SHOULD HAVE A BRAVENESS AND LIABLE FOR THE


Download video clip Opick Assalamualaikum

bunga gugur

UNTUKKMU MUJAHIDAH

aku iri denganmu
wahai mujaheedah-mujaheedah fi sabielillah
kalian bisa bangkit menentang
hatta dengan pena
mahupun dengan pedang
menegakKan kalimah Allah
dibumi yang kian gersang

aku cemburu denganmu
wahai wanita-wanita solehah
betapa mulianya akhlakmu
betapa taatnya ibadahmu
menjunjung tinggi Quran dan sunnah di jiwamu

aku iri padamu
wahai ibu-ibu yang perkasa jiwanya
kau korbankan permatamu demi agamamu
tiada nilainya dunia di hatimu
bagimu dunia ini hanya jalan persimpangan
buatmu meraih kehidupan

aku cemburu padamu
wahai para Syahiedah
syurga telah pasti buatmu
7 langit bersorak ria menanti kehadiranmu
kau hidup, di saat darahmu tumpah membasahi bumi
kerna yang syahid takkan pernah mati

Namun,
aku sedih, aku marah
dengan diriku sendiri
jiwaku terlalu sepi
nafsuku sering merajai
adakah kernaku sering melupai Ilahi Robbi??

Ya Ilahi….
tiupkan roh-roh Iman dan Islam di jiwaku
agar aku sentiasa dekat deganMu
agar aku bisa mencintai Jihad dan Dakwah seperti nyawaku
menentang kemungkaran di setiap helaan nafasku
agar aku bisa menjadi IBU yang perkasa
mendidik para MUJAHIDAH
menjadi WANITA SOLEHAH
untuk menggapai SYAHADAH…

my playlist