BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

pembuka bicara

man la yarham la yurham!!!!

Followers

tafakur sejenak

ya Allah selamatkan palestine...

Thursday, July 29, 2010

keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah s.w.t…subhanallah.




Sejuk hati ibu yang mengandung…kisah ini ana tulis balik tuk dikongsikan dengan semua.tersentuh hati ana bila baca kisah ini..jom kita hayatinya....

Seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal dibandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung . sekembali dari tempat ziarah,si ibu kelihatan terkocoh2 keluar dari kereta .langkahnya agak laju menaiki anak tangga rumah, fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan.
Subhanallah ! si anak terkejut melihat najis berjejeran di anak tangga dan di laman . “mak sakit perut rupanya” bisik hatinya.
Segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar . najis disodok dan dibuang ke dalam longkang besar yang tak jauh dari rumah. Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga.
Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat maghrib terkocoh2 menanggalkan telekung lalu mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut2 cuba menuruni anak tangga . terpana si ibu di muka pintu melihat anak2 tangga sudah di mop.
Tak sembahyang maghrib ke Tanya ibu pada si anak dalam keadaan serba salah. ..tak apalah mak saya musafir boleh semnbahyang jamak ta’khir jawab sia anak dalam keadaan tersenyum.
Si ibu tak terkata apa tangan kanan masih memegang baldi , tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak , dalam hati penuh keharuan, mengucap syukur pada tuhan kerana anak yang diasuh sebesar dua tapak jari , dicucikan najisnya setiap hari itu buat pertama kali menyuci najisnya pula hari ini.
Sebak nurani ibu, terasa benar-benar maruahnya dihargai, terasa berbaloi curahan kasih selama membesarkannya…rentetan daripada itu dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa sahaja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan oleh Allah .inilah dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah s.w.t…subhanallah.


sumber: dipetik dari majalah anis.

usrah dan kepentinganya....

Usrah berasal dari perkataan Arab yang ertinya keluarga. Ia merupakan satu proses pentarbiyyahan individu muslim secara berkumpulan bagi menghayati dan memahami agama Islam secara syumulnya dan seterusnya melahirkan generasi yang soleh dan solehah. Usrah bukanlah semata-mata suatu pertemuan yang diadakan sebagai medan perbincangan ilmu atau peringatan tetapi sebenarnya lebih itu. Firman Allah SWT:Maksudnya.
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)”.
Al-Ma'idah (5:2)

Bermulanya usrah

Sebenarnya konsep usrah ini telah dipelopori oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W sendiri. Sirah telah membuktikan bahawa baginda sendiri telah berusrah bersama-sama para sahabat di rumah Al-Arqam Abi Al- Arqam ketika permulaan agama Islam di kota Mekah. Konsep usrah ini seterusnya telah dihidupkan semula oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna setelah kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924.


Rukun usrah

• Ta`aruf ( Berkenalan )
• Tafahum ( Bersefahaman )
• Takaful ( tolong – menolong )
Kenapa mesti Usrah? Bagaimana pentarbiyyahan yang lain?
Usrah dianggap sebagai tunjang tarbiyyah kerana cara ini paling berkesan berbanding cara pertarbiyyahan yang lain seperti kuliah, forum, ceramah, tamrin dan sebagainya.Kata murabbiku..
“Invividu yang lahir dari pentarbiyyahan secara usrah yang istiqomah berbeza sekali dengan individu yang hanya menyertai kem-kem pentarbiyyahan”
Usrah juga dapat memupuk ukhwwah atau persaudaraan sesama kita dengan lebih utuh kerana di sana terdapat perhubungan dua hala atau berbentuk perbincangan yang sihat antara naqib dan ahli. Firman Allah Taala:
Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Al-Hujurat: 10)
Menerusi cara sebegini juga, seseorang itu dapat memaksimumkan kefahaman mereka berkenaan sesuatu perkara mengenai agama Islam dengan lebih efisen dan pantas.

Kesimpulannya.

Tarbiyyah bukanlah suatu proses pembelajaran ilmu semata-mata. Ia menuntut kepada perubahan pada diri seseorang. Kepentingan tarbiyyah kepada ahli-ahli gerakan Islam tidak boleh dinafikan lagi. Sedarlah saudara,diantara sekian banyak cara tarbiyyah, usrah adalah yang paling penting dan berkesan sekali. Justeru itu, ia amat perlu dihidupkan dengan sebaiknya dan mengikut kaedahnya yang sebenar. Semua pimpinan dan ahli-ahli bertanggungjawab di dalam hal ini. Adapun cara-cara tarbiyyah yang lain adalah tidak kurang pentingnya, tetapi ia hanyalah sebagai pelengkap atau tambahan kepada program tarbiyyah yang bersifat harian atau mingguan.
Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada kita untuk memahami dan menghayati Islam yang sebenarnya.

cantiknya seorang wanita itu.....


Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis!
Bukan kerana merah kilau lipstick,
Pada wajah memekar senyum kosmetik.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai remaja!
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai kaun hawa!
Tidak kerana bijak meruntuh iman kaum adam.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai anak solehah!
Tidak menjerat diri pada kedurhakaan dan kemurkaan ilahi.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai intelektualis!
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai isteri!
Merempuh badai disisi suami.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai menantu!
Menjauhi persekongkolan ipar lamai.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ibu!
Mencurahkan sepenuh kasih sayang.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai mentua!
Telus hati mengagih kasih pada semua.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai nenek!
Menyaring teladan para anbia buat cucu cicit.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai warganegara!
Peka membela nasib dan maruah Negara.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai muslimat solehah!
Berpegang teguh dengan akidah yang benar,
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai mukminat!
Tunjang agama pewaris nadi islam, menyumbang jasa dan bakti,
Memartabatkan islam dipersada dunia.

carian ilmiah blog ini

Popular Posts

ALL:TO ACHIEVE THE GOAL WE SHOULD HAVE A BRAVENESS AND LIABLE FOR THE


Download video clip Opick Assalamualaikum

bunga gugur

UNTUKKMU MUJAHIDAH

aku iri denganmu
wahai mujaheedah-mujaheedah fi sabielillah
kalian bisa bangkit menentang
hatta dengan pena
mahupun dengan pedang
menegakKan kalimah Allah
dibumi yang kian gersang

aku cemburu denganmu
wahai wanita-wanita solehah
betapa mulianya akhlakmu
betapa taatnya ibadahmu
menjunjung tinggi Quran dan sunnah di jiwamu

aku iri padamu
wahai ibu-ibu yang perkasa jiwanya
kau korbankan permatamu demi agamamu
tiada nilainya dunia di hatimu
bagimu dunia ini hanya jalan persimpangan
buatmu meraih kehidupan

aku cemburu padamu
wahai para Syahiedah
syurga telah pasti buatmu
7 langit bersorak ria menanti kehadiranmu
kau hidup, di saat darahmu tumpah membasahi bumi
kerna yang syahid takkan pernah mati

Namun,
aku sedih, aku marah
dengan diriku sendiri
jiwaku terlalu sepi
nafsuku sering merajai
adakah kernaku sering melupai Ilahi Robbi??

Ya Ilahi….
tiupkan roh-roh Iman dan Islam di jiwaku
agar aku sentiasa dekat deganMu
agar aku bisa mencintai Jihad dan Dakwah seperti nyawaku
menentang kemungkaran di setiap helaan nafasku
agar aku bisa menjadi IBU yang perkasa
mendidik para MUJAHIDAH
menjadi WANITA SOLEHAH
untuk menggapai SYAHADAH…

my playlist