

Alhamdulillah baru2 ini salah seorang dari sahabat ana baru sahaja selamat melaksanakan sunah rasul iaitu membina masjid untuk dimakmurkan.namun jangan salah faham pula, masjid yang dimaksudkan disini adalah sebuah perkahwinan..sebagaimana yang kita tahu bahawa Perkahwinan itu adalah Sunnah, Dengan adanya ikatan perkahwinan, jiwa menjadi tenang dan tenteram, mendapat keturunan yang halal lagi sistematik, sekali gus ikatan perkahwinan juga dapat mengawal diri daripada berlakunya pelbagai bentuk penzinaan, homoseksual, pelacuran dan sebagainya, Memang terdapat banyak hikmah dalam perkahwinan antaranya adalah mampu menjaga kehormatan diri, untuk mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di muka bumi ini dan seterusnya meramaikan manusia dan supaya manusia itu dapat hidup berbahagia dengan saling berkasih sayang dan cinta-mencintai. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: "Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir(surah ar-rum:21)
bila disebutkan tentang perkahwinan maka tak lengkap rasanya kalau tidak diikuti dengan kendurinya, tapi tahukah kita mengadakan kenduri kahwin bagi meraikan pasangan pengantin yang telah dinikahkan dengan mengadakan jamuan makan kepada orang ramai, khususnya kepada saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai apa hukumnya?. Kenduri untuk pernikahan sepasang pengantin ini merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW. Hukumnya adalah sunat muakkad (sangat dituntut).Hal ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a katanya : ‘Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi SAW menjadi seorang pengantin dengan Zainab ibn Juhsy, baginda mengundang orang ramai, lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai.'(Riwayat al-Bukhari)
Dari Anas bin Malik ra menyebut bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya : ‘Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab : Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Sabda Rasulullah: ‘Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing...Majlis perkahwinan yang dikehendaki oleh syarak sangat mudah dan tidak menyusahkan. Oleh itu perkahwinan yang baik ialah yang ringan perbelanjaannya, yang tidak memberatkan, tidak bermewah-mewah dan tidak melebihi batas-batas yang diperlukan, serta tidak membawa kepada pembaziran kerana pembaziran itu bertentangan dengan hukum syarak. Sebenarnya mengadakan majlis perkahwinan sehingga terpaksa menanggung beban hutang tidaklah digalakkan oleh agama,cukupla dengan sekadar yang termampu sahaja. kerana Antara hikmah Islam menggalakkan supaya diadakan kenduri kahwin adalah untuk :
• Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dapat mendirikan rumah tangga.
• Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.
• Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah.
• Memberi peluang kepada para tetamu bersuai kenal di samping merapatkan hubungan silaturrahim.