Saturday, August 14, 2010
Ramadhan...
syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih dipanjangkan umur untuk mengecapi ramadhan pada kali ini, ramadhan adalah bulan yang ditungu-tungu oleh semua umat islam kerana pada bulan inilah terdapat ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, dan yang paling teristimewa pada bulan ini juga terdapat satu malam yang dnamakan malam Lailatul Qadar. malamnya adalah malam rahsia yang tidak diketahui oleh umat manusia.
Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang diturunkan kepada malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. beruntunglah bagi Orang yang berjaga malam dengan melaksanakan qiamulail dan ibadat sampingan yang lain , subhanallah bertuahlah orang-orang yang memanfaatkan malam-malam sepanjang ramadhan ini kerana hanya orang-orang solihin yang menghampirkan diri dengan Allah sahaja yang mana sekiranya mereka berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam maka akan diampunkan Allah segala dosanya..
Perlu kita ingan bahawa pada malam lailatul qadar tersebut terdapat pahala yang begitu banyak yang mana ia dikatakan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan, malamnya dilimpahi rahmat yang tidak terhingga kerana disertai keampunan dan rahmat terbesar dari Allah swt, tidak terdetik kah perasaan cemburu kita, tidak terujakah diri kita untuk sama-sama merebut malam itu?masyaAllah beruntunglah bagi sesiapa yang mengejar malam tersebut , tahukah kita bahawa pada bulan ini jugalah Allah menerima ampunan taubat hambanya kerana maksud ramadhan itu sendiri adalah bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya.
dalam hadis dari Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi
Berdasarkan hadis di atas jelas menceritakan kepada kita betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama hidupkannya dengan segala amalan sunnah yang mampu kita laksanakan selagi terdaya . hadis tersebut turut menggambarkan kepada kita betapa pentingnya keikhlasan dan keimanan dalam menunaikan ibadat kerana dapat kita lihat bahawa ibadah puasa yang kita lakukan mampu dijadikan sebagai perisai untuk menjerumuskan diri kita dari terjebak ke lembah maksiat, bukti yang paling ketara yang dapat kita lihat ialah ketika berpuasa di bulan ramadhan ini kita berpuasa bukannya pada makan dan minum sahaja tapi turut melibatkan anggota badan yang lain.
maka secara automatiknya tanpa kita sedari anggota dan hati kita juga turut mendapat tarbiyah dalam bulan ini.. dalam bulan ini juga memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa akhlak kita memang mampu dibentuk kerana pada bulan ramadhan inilah kita belajar bersabar, menahan marah, menahan nafsu, melipat gandakan ibadat, belajar menghormati dan sebagainya.kita juga melatih diri kita agar berpuasa dari sudut penglihatan, pendengaran, menjaga lidah dan berbagai lagi amalan mahmudah yang dituntut dalam islam. jelaslah dapat kita lihat hasilnya bahawa kedatangan ramadhan adalah barakah bagi kita umat islam kerana ibadah puasa yang ada pada bulanya mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat. maka sama-samalah kita semua memakmurkan bulan ramadhan yang mulia ini, marilah kita kejar dan rebut fadhilat yang ada pada bulan ini semoga amalan yang kita lakukan dibulan ini diterima oleh Allah swt dan semoga kita terus istiqamah dengan ap yang kita lakukan insyaAllah. .....jazakallahu khoiran jaza'
carian ilmiah blog ini
Popular Posts
-
Apa itu Penyakit G6PD? Penyakit kekurangan enzim G6PD atau lebih dikenali dengan nama G6PD di k...
-
HALAWATUL IMAN Imam al-Ghazali di dalam Bidayatul Hidayah merumuskan empat aktiviti yang mesti...
-
Dulu time kita kecik-kecik alam sekolah rendah cikgu selalu sebut pepatah ni “ buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali” maknany...
-
Agama Islam membenar malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang melibatkan masala...
-
Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk...
-
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk menulis meneruskan titis perjuangan ilmiah untuk kita ...
-
SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB : 1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipangg...
-
article ini ana amik dari emel yang dihantarkan oleh seorang sahabat untuk dikkongsikan bersama.biasanya Kita selalu mendengar kisahnya Nabi...
-
stress.... Sebelum tu ana nak share info yang ana dapat. Menurut pakar motivasi dari dr fadhilah kamsah bahawa orang berp...
Download video clip Opick Assalamualaikum
bunga gugur
UNTUKKMU MUJAHIDAH
aku iri denganmu
wahai mujaheedah-mujaheedah fi sabielillah
kalian bisa bangkit menentang
hatta dengan pena
mahupun dengan pedang
menegakKan kalimah Allah
dibumi yang kian gersang
aku cemburu denganmu
wahai wanita-wanita solehah
betapa mulianya akhlakmu
betapa taatnya ibadahmu
menjunjung tinggi Quran dan sunnah di jiwamu
aku iri padamu
wahai ibu-ibu yang perkasa jiwanya
kau korbankan permatamu demi agamamu
tiada nilainya dunia di hatimu
bagimu dunia ini hanya jalan persimpangan
buatmu meraih kehidupan
aku cemburu padamu
wahai para Syahiedah
syurga telah pasti buatmu
7 langit bersorak ria menanti kehadiranmu
kau hidup, di saat darahmu tumpah membasahi bumi
kerna yang syahid takkan pernah mati
Namun,
aku sedih, aku marah
dengan diriku sendiri
jiwaku terlalu sepi
nafsuku sering merajai
adakah kernaku sering melupai Ilahi Robbi??
tiupkan roh-roh Iman dan Islam di jiwaku
agar aku sentiasa dekat deganMu
agar aku bisa mencintai Jihad dan Dakwah seperti nyawaku
menentang kemungkaran di setiap helaan nafasku
agar aku bisa menjadi IBU yang perkasa
mendidik para MUJAHIDAH
menjadi WANITA SOLEHAH
untuk menggapai SYAHADAH…
my playlist
blog yy selalu dijenguk
-
-
Praktis Topikal Tingkatan 3 201212 years ago
-
Intrepretasi C.I.N.T.A13 years ago
-
palestine...14 years ago
-