
Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis!
Bukan kerana merah kilau lipstick,
Pada wajah memekar senyum kosmetik.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai remaja!
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai kaun hawa!
Tidak kerana bijak meruntuh iman kaum adam.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai anak solehah!
Tidak menjerat diri pada kedurhakaan dan kemurkaan ilahi.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai intelektualis!
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai isteri!
Merempuh badai disisi suami.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai menantu!
Menjauhi persekongkolan ipar lamai.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ibu!
Mencurahkan sepenuh kasih sayang.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai mentua!
Telus hati mengagih kasih pada semua.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai nenek!
Menyaring teladan para anbia buat cucu cicit.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai warganegara!
Peka membela nasib dan maruah Negara.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai muslimat solehah!
Berpegang teguh dengan akidah yang benar,
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai mukminat!
Tunjang agama pewaris nadi islam, menyumbang jasa dan bakti,
Memartabatkan islam dipersada dunia.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.