BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

pembuka bicara

man la yarham la yurham!!!!

Followers

tafakur sejenak

ya Allah selamatkan palestine...

Thursday, September 2, 2010

saya nak cari suami yang......

  • Yang selalu kita dengar, "Saya nak cari isteri yang pandai masak.."
  • Yang jarang kita dengar, "Saya nak cari suami yang boleh imamkan solat.."

    Yang selalu kita lihat, Bakal isteri cari buku resepi nak belajar masak untuk bakal suami..

    Yang kita harap dapat lihat, Bakal suami buka kitab agama nak tambah ilmu sebelum beristeri..

    Yang selalu terjadi, bakal isteri rasa malu sgt kalau nasi pun tak tau nak masak

    Yang kita harap terjadi, bakal suami pun rasa segan yang amat kalau Al-Fatihah pun masih merangkak2

    Jika lelaki meletakkan syarat utk bakal isterinya..

    Keterlaluankah jika wanita juga meletakkan syarat utk bakal suaminya??

    Kepada lelaki sekalian yang sangat terhormat

    Janganlah marah mahupun 'hangat'

    Tulisan ini tak sedikit pun berniat jahat

    Sekadar insan lemah nak sama2 membri ingat

    Untuk diri sendiri dan saudara2 yang dekat

    Kepada wanita pula, jangan seronok sangat

    Kita pun ada tanggungjawab yg x kurang berat

    Harus disemat, kena selalu ingat

    Besar amanah yang kita dapat

    Allah tanya pulak nanti di hari akhirat

    Indah betul dunia ni

    Kalau lelaki dan perempuan sama2 membaiki diri

    Kalau bakal2 suami & bakal2 isteri pakat2 bersihkan hati

    Kalau suami2 dan isteri2 dapat ikut segala perintah ilahi

    Ganjaran besar Allah janji

    Tak kira perempuan mahupun lelaki

    Yang hari ke hari cuba baiki diri

    Jadi muslim yang benar2 sejati

    Masa tu, tak payah la lelaki letak syarat lagi

    Sebab bakal isteri memang dah cantik segala segi

    Wanita pun tak susah hati

    Bakal suami memang menepati ciri

    Aduhai bahagia hidup ni

    Bila syariat Allah pakat2 dipatuhi

    Hidup dunia seronok sekali

    Seronok di akhirat berganda2 lagi

    dipetik dari laman facebook.

Monday, August 30, 2010

Subhanallah comelnya makhluk ilahi .....

Alhamdulillah hari ini kita semua masih lagi diberi kesempatan oleh Ilahi untuk menikmati alam kurniaannya yg cukup indah..cukup sempurna yang tiada tandingannya namun tercemar dengan tangan2 insan yang tidak bertangungjawab melakukan kerosakkan di bumi ilahi ini tanpa segan silu seolah-olah dunia ini tak ada pemiliknya.....bila kita lupa diri, jauh dari rahmat Allah maka semua perkara kita akan laksanakan tanpa landasan syariat.....teringat lagi sewaktu berada di dalam kelas halaqah ustaz abdullah mengatakan bahawa" dalam dri kita ni ada jasad dan roh , jika roh kita lebih kuat insyaAllah setiap perkara yang kita lakukan adalah kerana Allah tapi jika jasad kita lebih kuat dari roh maka kita akan cepat dan mudah untuk melakukan maksiat. ini adalah kerana diri kita ketandusan makanan rohani. kita jauh dari zikrullah, rasa terlalu berat tuk melafazkan kalimah zikrullah yang menenangkan hati tetapi kita lebih terdorong dan lebih berminat untuk mendengar lagu2 jiwang, balada dan yang sama waktu dengannya...astarghfirullah lalainya kita .....bila kita lalai dari mengingati Allah maka Allah akan beri kita ujian dan dugaan agar kita kembali lebih dekat padaNya...tengok betapa Allah sayangkan kita,,,x pernah Dia lupakan kita walau sekejap tapi kita sebagai hamba sentiasa melakukan kedurhakaan yang mengundang murka Allah. betapa egonya kita sebagai hamba, x sedar yang kita hanyalah hamba yang lemah dan kerdil.namun walau apa pun yang kita lakukan, Allah itu maha pengampun, maha kaya rahmat dan kasih sayangnya, dbukakan baginya pintu taubat untuk kita bertaubat, masyaAllah ....tapi kita masih lagi leka dan lalai ...sama2 lah kita semua renungkan dan ambil peringatan terhadap apa yang berlaku dengan keadaan disekeliling kita hari ini.....semua kerosakkan yang tercipta pada hari ini adalah hasil dari tangan- tangan rakus kita juga. bila hidup melebihkan dunia macam nilah jadinya , bila syariat diketepikan, syaitan mulalah bermaharajalela memainkan peranan menyesatkan kita semua, sekarang kes bunuh , buang bayi, rogol, kecurian, penceraian, penderaan dan banyak lagi bagaikan satu perkara biasa yang seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita hari ini. kemana hilangnya keharmonian dalam masyarakat kita sebelum ni....yang paling menyayatkan hati ialah sekarang yang hangat dibicarakan adalah kes buang bayi..kenapa ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, dalam bulan ramadhan bulan yang penuh keberkatan dan maghfirahnya pun kemaksiatan masih lagi terjadi...adakah kita perlu menyalahkan syaitan lagi sedangkan kita tahu dalam bulan yang penuh barakah ini syaitan sudah dirantai, tepuk dada tanya iman....rapuhnya benteng iman menyebabkan nafsu mguasai dri kita, kita lebih berajakan nafsu itu lah punca sebenarnya...kemanakah hilangnya kasih sayang sampai kita tergamak membunuh bayi yang tidak berdosa sedangkan haiwan pun tahu sayangkan anak , bayangkan haiwan yang tidak mempunyai akal pun kaya dengan kasih sayang tapi kita manusia yang cukup sempurna kurniaan akal dan fikiran masih lagi tidak mampu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.....sama-salah kita insafi diri renung balik dan disini ana upload gambar betapa comelnya dan bahagia perasaan ibu miow dikurniakan anak-anak yang lincah dan comel...miow pun tahu bersyukur tapi kalau kita manusia tak tahu bersyukur memang kita da terkeluar dari fitrah yang sepatutnya..renung2kan.....


bahagianya si ibu dan syoknya si anak dapat minum susu ibu mereka :-)


comelkan anak miow ni!!

macam 2 kerenah yang mencuit hati!!!
camna nak posing ni..hehe pegang pokok la baru cun!!!
jom men sorok2.. .ermmmmenyorok kat sini mesti xder org yang perasan ni......
xnak ler tidok lagi best...release.......hohoho
ni pokok ajaib ker? wahai si pokok aku ker kucing yang paling cun abad ini?

carian ilmiah blog ini

Popular Posts

ALL:TO ACHIEVE THE GOAL WE SHOULD HAVE A BRAVENESS AND LIABLE FOR THE


Download video clip Opick Assalamualaikum

bunga gugur

UNTUKKMU MUJAHIDAH

aku iri denganmu
wahai mujaheedah-mujaheedah fi sabielillah
kalian bisa bangkit menentang
hatta dengan pena
mahupun dengan pedang
menegakKan kalimah Allah
dibumi yang kian gersang

aku cemburu denganmu
wahai wanita-wanita solehah
betapa mulianya akhlakmu
betapa taatnya ibadahmu
menjunjung tinggi Quran dan sunnah di jiwamu

aku iri padamu
wahai ibu-ibu yang perkasa jiwanya
kau korbankan permatamu demi agamamu
tiada nilainya dunia di hatimu
bagimu dunia ini hanya jalan persimpangan
buatmu meraih kehidupan

aku cemburu padamu
wahai para Syahiedah
syurga telah pasti buatmu
7 langit bersorak ria menanti kehadiranmu
kau hidup, di saat darahmu tumpah membasahi bumi
kerna yang syahid takkan pernah mati

Namun,
aku sedih, aku marah
dengan diriku sendiri
jiwaku terlalu sepi
nafsuku sering merajai
adakah kernaku sering melupai Ilahi Robbi??

Ya Ilahi….
tiupkan roh-roh Iman dan Islam di jiwaku
agar aku sentiasa dekat deganMu
agar aku bisa mencintai Jihad dan Dakwah seperti nyawaku
menentang kemungkaran di setiap helaan nafasku
agar aku bisa menjadi IBU yang perkasa
mendidik para MUJAHIDAH
menjadi WANITA SOLEHAH
untuk menggapai SYAHADAH…

my playlist