Monday, January 14, 2013
Terima kasih syukur padamu ya Allah.
Sabar dan merancangla terlebih dahulu, insyaAllah mampu mengelak daripada kekecewaan dan kesulitan.
Perkataan diatas ada benarnya dengan apa yang berlaku pada diri ana...Pertama kali ditugaskan dikawasan yang jauh dari rumah sedikit mengugat hati ana, pelbagai andaian datang menerjah fikiran namun kata2 ibu memujuk hati ana. masih terngiang-ngiang lagi kata ibu " adik pergi dulu sana, tengok tempat dia macamana, cuba duduk dulu ,mana tahu lepas ni adik lebih suka tinggal kat sana." kata -kata ibu ditelan dengan hambar, diterima dalam samar-samar tapi berjaya juga sedikit sebanyak menenangkan hati ana.
Bila sampai aje ditempat yang dimaksudkan dugaan bersilih ganti.Allahurabbi Engkaula yang Maha mengetahui setiap sesuatu. ana hampir give up walaupun da seminggu berada disini, Namun ana cekalkan hati dan benarla Allah itu maha Agung, berbekalkan sabar yang semakin tipis ,semua urusan berjalan begitu lancar, subhanallah syukur sesangat ya Allah. terima kasih juga buat umi dan ibu yang senantiasa memberikan kata semangat pada ana sepanjang berada disini .terima kasih juga pada abang ana yang sanggup menemani adiknya seminggu ditempat baru, budimu hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya, terima kasih juga pada pakcik2 dekat tempat kerja yang sudi membantu ana.moga Allah membalas jasa baik kalian........ana tetap akan mencurahkan bakti disini selagi termampu..benar kata orang jangan kita berhenti dari berusaha walaupun kita berada cuma sejengkal dari matlamat kita? Kadang-kadang kita terperangkap dengan memikirkan bahawa nasib tidak menyebelahi kita namun sebenarnya sikap kita sendiri yang membuatkan diri kita sakit dan gagal.
Jika kita sabar dan mengambil sedikit masa untuk mempelajari alam sekeliling kita, InsyaAllah kita akan memperoleh sesuatu yang diluar jangkaan kita.
begitu juga bila kita berada dalam keadaan yang sukar, ada baiknya kita duduk dan menarik nafas untuk seketika, bertenang dan berfikir semula tentang situasi tersebut. Apakah ada langkah-langkah lain yang perlu kita ambil atau mungkin ada seseorang yang telah berjaya yang boleh memberi pandangan dan nasihat. Kesombongan dan kekecewaan hanya akan menghalang kita daripada mendapatkan ilmu atau pandangan yang boleh membantu kita mengatasi kesulitan yang kita alami.. malas bertanya, sesat jalan.
Sabarla dalam setiap perkara. Jangan terlalu gopoh dalam mengejar sesuatu. Merancang dan meneliti setiap langkah akan menjimatkan masa dan tenaga kita. Adalah lebih baik melangkah dengan sabar dan bijak dalam menangani apa jua situasi insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita.amin
carian ilmiah blog ini
Popular Posts
-
Apa itu Penyakit G6PD? Penyakit kekurangan enzim G6PD atau lebih dikenali dengan nama G6PD di k...
-
HALAWATUL IMAN Imam al-Ghazali di dalam Bidayatul Hidayah merumuskan empat aktiviti yang mesti...
-
Dulu time kita kecik-kecik alam sekolah rendah cikgu selalu sebut pepatah ni “ buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali” maknany...
-
Agama Islam membenar malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang melibatkan masala...
-
Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk...
-
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk menulis meneruskan titis perjuangan ilmiah untuk kita ...
-
SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB : 1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipangg...
-
article ini ana amik dari emel yang dihantarkan oleh seorang sahabat untuk dikkongsikan bersama.biasanya Kita selalu mendengar kisahnya Nabi...
-
stress.... Sebelum tu ana nak share info yang ana dapat. Menurut pakar motivasi dari dr fadhilah kamsah bahawa orang berp...
Download video clip Opick Assalamualaikum
bunga gugur
UNTUKKMU MUJAHIDAH
aku iri denganmu
wahai mujaheedah-mujaheedah fi sabielillah
kalian bisa bangkit menentang
hatta dengan pena
mahupun dengan pedang
menegakKan kalimah Allah
dibumi yang kian gersang
aku cemburu denganmu
wahai wanita-wanita solehah
betapa mulianya akhlakmu
betapa taatnya ibadahmu
menjunjung tinggi Quran dan sunnah di jiwamu
aku iri padamu
wahai ibu-ibu yang perkasa jiwanya
kau korbankan permatamu demi agamamu
tiada nilainya dunia di hatimu
bagimu dunia ini hanya jalan persimpangan
buatmu meraih kehidupan
aku cemburu padamu
wahai para Syahiedah
syurga telah pasti buatmu
7 langit bersorak ria menanti kehadiranmu
kau hidup, di saat darahmu tumpah membasahi bumi
kerna yang syahid takkan pernah mati
Namun,
aku sedih, aku marah
dengan diriku sendiri
jiwaku terlalu sepi
nafsuku sering merajai
adakah kernaku sering melupai Ilahi Robbi??
tiupkan roh-roh Iman dan Islam di jiwaku
agar aku sentiasa dekat deganMu
agar aku bisa mencintai Jihad dan Dakwah seperti nyawaku
menentang kemungkaran di setiap helaan nafasku
agar aku bisa menjadi IBU yang perkasa
mendidik para MUJAHIDAH
menjadi WANITA SOLEHAH
untuk menggapai SYAHADAH…
my playlist
blog yy selalu dijenguk
-
-
Praktis Topikal Tingkatan 3 201212 years ago
-
Intrepretasi C.I.N.T.A13 years ago
-
palestine...14 years ago
-