
Dalam era teknologi hari ni kita memang boleh berbangga dengan kemajuan yang telah kita capai pada hari ini namun sedarkah kita dalam arus kmajuan teknologi hari ini kita ketinggalan dari aspek budi bahasanya.semakin maju kita semakin luntur kesedaran budi bahasa kita. ana yakin kita semua tahu bahawa Budi bahasa adalah sesuatu yang amat perlu dalam diri individu yang mana ianya adalah sesuatu nilai yang perlu ada dalam kehidupan kita umat manusia, bahkan dalam islam sendiri sangat mementingkan budi bahasa.sebagaimana dari hadis sahih muslim dari Aisyah r.a. pula membawa maksud "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut, Dia suka akan kelembutan. Allah akan memberikan balasan dari kelembutan yang tidak diberikan ke atas sikap keras dan kasar serta selainnya"
ini adalah kerana budi bahasa merupakan budi pekerti, tingkahlaku, perangai atau perlakuan yang kita amalkan semasa berinteraksi dengan orang lain berdasarkan pertimbangan tolenrasi yang menunjukkan kejernihan fikiran, ketinggian akhlak dan akal budi yang ada pada diri kita megikut adat setempat.
namun dewasa kini ketinggian budi bahasa dikalangan kita seolah-seolah semakin luntur.semakin maju dan membangun negara kita semakin hilang kesedaran kita akan budi bahasa.kita lebih gemar menerapkan sikap pentingkan diri sendiri,kepekaan kita terhadap civil society berada di tahap tidak keterlaluan jika dikatakan kritikal, kemanakah menghilangnya budi bahasa orang timur yg dikenali cukup halus budi bahasanya.jika dibandingkan dengan negara luar betulkah kita lebih caring budi bahasa? terutama dari segi konsep civil societynya,jika dibandingkan dengan negara luar tidak dinafikan negara luar lebih peka dari malaysia.contohnya jika di europe jika ibu bapa yang berhenti di stesen minyak dan meninggalkan anak-anak di dalam kereta sudah tentu akan mendapat free public lecture dari orang-orang yang menggunakan servis disitu namun berbeza situasinya dengan malaysia ibu bapa lebih menggalakkan anak-anak agar berdikari.
ini adalah kerana bagi negara luar mereka lebih mengutamakan peraturan dan nilai2 moral kesedaran dan kepekaan mereka terhadap civil society cukup tinggi.masih terngiang-ngiang lagi di ingatan saya dr syahirah lecturer cyber law mgatakan "if u still remember in titanic, many british people died than american because of their awareness about civil society" ini kerana mereka mengutamakan nilai moral,saat kritikal pun mereka masih lagi mampu beratur mengikut giliran untuk diselamatkan, cukup berbeza dengan rakyat america yang mna mereka memotong barisan untuk diselamatkan"nampak jelas kepekaan civil society dikalangan rakyat british,..dan adakah malaysia juga seperti itu??begitu tinggikah kepekaan rakyat malaysia terhadap cil society??? namun tidak dinafikan di malaysia juga ada namun ia semakin luntur kerana hanya segelintir sahaja yang ambil kisah dan peka tentang ini,...sama-sama kita renungkan kerana kita sedang berusaha untuk membina satu masyarakat yang ditunjangi oleh rakyat yang tahu menghayati budi bahasa dan akhlak mulia agar kehebatan bangsa kita tidak hanya dinilai dengan kemajuan material tetapi juga budi bahasanya.