BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

pembuka bicara

man la yarham la yurham!!!!

Followers

tafakur sejenak

ya Allah selamatkan palestine...

Thursday, December 29, 2011

Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik Di Hospital-Hospital


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 Sep 2000 telah membincangkan Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik Di Hospital-Hospital Kerajaan/Swasta. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum sembahyang jamak kerana rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama seperti menjalani rawatan hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan seumpamanya adalah harus .

Sebelum tu mari kita berkenalan dengan solat jamak. Kita ambil tahu dahulu apa makna solat jamak.

Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :


Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.

Syarat Jamak Takdim :

i.

Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak

ii.

Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram

iii.

Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.




Jamak Takhir
Zolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.

Syarat Jamak Takhir :

i.

Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.

ii.

Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.



Dalil dari ayat alquran maksudnya:

Dan dirikanlah solat pada kedua tepi siang dan pada bahagian permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat“ (QS. Huud: 114)

Dalil dari hadis yang bermaksud:

Adalah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam peperangan Tabuk, apabila hendak berangkat sebelum tergelincir matahari, baginda mengakhirkan solat Zuhur sehingga dikumpulkan solat Zuhur kepada solat Asar dan lalu baginda mendirikan kedua-duanya serentak (Jamak Takhir ).

Apabila baginda hendak berangkat selepas tergelincir matahari maka baginda bersolat Zuhur dan Asar serentak (dalam waktu Zuhur) kemudian bagindapun berangkat (Jamak Taqdim -pen).

Apabila baginda berangkat sebelum Maghrib maka baginda mengakhirkan solat Maghribnya sehingga disolatkan bersama solat Isyaknya (Jamak Takhir -pen).

Dan apabila baginda berangkat selepas waktu Maghrib maka baginda mengawalkan solat Isyaknya lalu disolatkan bersama solat Maghrib (dalam waktu Maghrib) (Jamak Taqdim -pen). [Dikeluarkan Abu Daud, at-Tirmizi, ad-Darimi, al-Baihaqi dan Ahmad. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadits as-Sahihah>

Namun perlu diingatkan bahawa solat jamak hanya dibolehkan antara Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak. Selain daripada itu tidak dibolehkan jamak kerana tiada dalil yang menunjukkan sedemikian.

SYARAT-SYARAT MEMBOLEHKAN SOLAT JAMAK DILAKSANAKAN

1.SOLAT JAMAK BUKAN DALAM KEADAAN BERMUSAFIR SAHAJA

2. SUASANA YANG SUKAR ATAU SULIT

3. SOLAT JAMAK KERANA ADA HAJAT YANG BENAR2 MENDESAK.

4. SOLAT JAMAK KERANA HUJAN.

SOLAT JAMAK BUKAN DALAM KEADAAN BERMUSAFIR SAHAJA.

Hadis yang bermaksud: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melakukan solat Zuhur dan Asar secara jamak di Madinah bukan kerana ketakutan atau bermusafir.

Imam al-Nawawi telah berkata:
“Segolongan ulamak besar membenarkan jamak di dalam keadaan tidak musafir, kerana ada keperluan, asalkan tidak dijadikan adat (kebiasaan ) yang tetap.

SUASANA YANG SUKAR ATAU SULIT.

Apabila menghadapi kesukaran melaksanakan solat pada waktunya, hukum asal solat fardhu yang telah sedia ditetapkan pada waktu yang tertentu boleh berubah kepada meghimpunkan dua solat ke dalam satu waktu. Ini bertujuan membebaskan umat Islam daripada kesulitan yang ditempuhi. Kesukaran ini termasuklah sakit, menaiki bas yang tidak berhenti ketika kembali ke tempat asal sehingga luput waktu dan sebagainya.

Ketika ditanya kepada Ibn Abbas radhialllahu‘anhu tentang mengapa dibolehkan solat jamak, beliau menjelaskan:

Boleh SOLAT JAMAK KERANA ADA HAJAT YANG BENAR2 MENDESAK contoh keadaan yang memerlukan solat dijamak kerana hajat adalah apabila berdepan dengan keadaan yang memaksa untuk tidak dapat melakukan solat pada waktunya seperti:

q doktor yang perlu melakukan pembedahan berjam-jam lamanya, seandainya beliau berhenti walaupun sebentar akan memudaratkan pesakitnya,.

q Pelajar di luar negara yang menduduki perperiksaan atau terpaksa menghadiri kelas yang meliputi waktu solat yang pendek.

q ahli pertahanan Negara contoh bomba dan askar .pegawai-pegawai keselamatan yang terpaksa mengawal sesuatu tempat dan keadaan tidak mengizinkan beliau meninggalkan kawasan jagaannya kerana kritikalnya suasana tersebut dan sebagainya.

Abdullah bin Syaqiq berkata: Pada suatu hari Ibnu Abbas berpidato (memberikan kuliah/syarahan) kepada kami di Basrah selepas Asar sehingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata: Solat, solat. katanya lagi: Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan: Solat, solat. Lalu Ibnu Abbas berkata: Apakah engkau mengajar kepadaku sunnah? Sungguh tidak berguna kamu! Kemudian berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menjamakkan sembahyang antara Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak.
Abdullah bin Syaqiq berkata: Penjelasan Ibnu Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian aku pergi kepada Abu Hurairah, dan bertanyakan hal tersebut, maka dia membenarkan perkataan Ibnu Abbas. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahihnya .

Riwayat di atas menjelaskan bahawa Ibnu Abbas menjamakkan sembahyang dalam keadaan bukan kerana bermusafir, bukan kerana ketakutan dan juga bukan kerana hujan. Di dalam kes ini dia telah menjamakkan solatnya ketika berada dalam urusan penting, iaitui pidatonya/syarahan/kuliahnya itu. Dia mengetahui jika syarahannya itu dihentikan maka akan hilanglah kemaslahatannya (kebaikan )Menurut perkiraannya meneruskan syarahan dianggap suatu hajat yang membolehkan jamak.

Syaikh Athiyah Saqr rahimahullah berkata:
“...Maka sekumpulan ulamak dari kalangan para imam telah bertindak mengambil zahir hadis Ibnu Abbas. Maka mereka mengharuskan mengerjakan jamak ketika hadar, iaitu tidak dalam musafir, hanya kerana hajat semata-mata. Tetapi dengan syarat ia tidak dijadikan sebagai adat (kebiasaan atau kelaziman),

Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari mengatakan: Dan orang-orang yang berpendapat demikian ialah Ibnu Sirin, Rabi'ah, Ibnul Munzir dan al-Qaffal al-Kabir. Dan telah diriwayatkan oleh al-Khitabi dari satu jamaah dari kalangan ahli Hadis. Hujah mereka (mengharuskan perbuatan jamak kerana hajat itu) ialah untuk menafikan kepayahan selama di sana terdapat suatu keperluan, antaranya ialah seperti kesibukan Ibnu Abbas terhadap pidato/khutbahnya."(Ahsanul Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam

Dalam melaksanakan solat jamak kerana kesukaran atau hajat harus diambil perhatian bahawa:


a) Tidak dijadikan kebiasaan sehingga ianya dilakukan dalam keadaan tanpa ada sebab yang benar-benar mendesak kerana perintah asal bagi ibadah solat fardhu ialah dalam waktunya yang sedia termaktub lima kali sehari.


b) Hajat hendaklah benar benar mendesak dan tidak boleh dielakkan, jikalau ianya (hajat) ditinggalkan maka ianya akan membawa kepada hilangnya maslahat atau kebaikan yang lebih besar.


c) Ianya tidak dijadikan alat untuk mempermainkan agama dan alat untuk mereka yang malas mengerjakan solat untuk mengambil mudah di atas urusan agama.

maka Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum sembahyang jamak kerana rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama seperti menjalani rawatan hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan seumpamanya adalah tergolong dalam kategori diatas maka hukumnya adalah harus. wallahua’lam

sumber: dipetik dari sesi pembentangan muzakarah fatwa tlc2 pelajar tahun akhir program fiqh dan fatwa fakulti syariah dan undang2 universiti sains islam Malaysia’

Saturday, December 3, 2011

tips berkat dalam hidup.


Dulu time kita kecik-kecik alam sekolah rendah cikgu selalu sebut pepatah ni “ buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali” maknanya kita kena sentiasa buat baik kat orang dan jangan sesekali kita buat jahat,sebab Allah sayang sesangat pada orang yang sentiasa buat baik,sedar tak kita,dengan buat baik tulah akan datangkan manfaat pada orang disekeliling kita bahkan memperoleh kasih sayang dari Allah, subhanallah! bila Allah sayang pada kita insyaAllah orang disekeliling kita juga akan turut sayang pada kita dan semua kerja kita insyaAllah akan dipermudahkan...tahu tak nape hidup kita jadi camtu? Sebabnya ada barakah @ keberkatan dalam hidup kita.insyaAllah barakallah fi dunia wal akhirah.

Nak tahu Apakah itu berkat? Jom kita tengok,


perkataan berkat diambil daripada perkataan Arab iaitu “ BARAKAH بركة “ . Dan perkerjaan “ mengambil berkat “ pula dikenali sebagai “ TABARRUK “تبرك “.Oleh itu “ berkat “ ini ialah : BAHAGIA, BERUNTUNG, BERTAMBAH DAN BERKEMBANG .
Maka jelaslah “ MENGAMBIL BERKAT “ pula ialah : “ Mengharapkan datangnya kebaikan daripada Allah SWT dari sesuatu yang dipercayai mempunyai nilai-nilai keberkatan “.

Menurut para ulama pula ‘barakah' atau berkat itu adalah " kepastian kebaikan disisi Ilahi pada sesuatu perkara, yang mana apabila ia jatuh kepada perkara yang sedikit ia akan menambah banyakkan ia, dan apabila ia jatuh kepada yang banyak, ia akan menambah manfaatnya, dan sehebat-hebat hasil keberkatan dalam seluruh perkara adalah apabila ia digunakan kembali untuk membawa ketaatan kepada Allah azza wa jalla."

Namun kita perlu ingat Keberkatan bukanlah diukur dengan kejayaan yang dicapai di dunia semata-mata. Keberkatan ini merangkumi kejayaan di akhirat iaitu mendapat keredaan Allah. Seorang yang mengingkari perintah Allah boleh mendapat kecemerlangan dalam hidup dengan berusaha dengan gigih dan tekun. Namun dia akan mendapat kemurkaan Allah di akhirat di atas kefasikannya. Allah memberikan kejayaan kepada sesiapa sahaja yang berusaha keras di dunia sebagaimana kita melihat ramai manusia yang bukan beragama Islam Berjaya dalam kerjaya mereka. Malah lebih Berjaya dari orang muslim. Namun selesakah mereka?bahagiakah mereka?berpuashatikah mereka?.jawapannya semestinya TIDAK..Begitu juga dengan kita muslim walaupun kita sudah sampai ke tahap yang boleh dikatakan Berjaya namun kita tak pernah berpuas hati dengan apa yang kita ada, rasa serba tak cukup, hati sentiasa gelisah, tak ada ketenangan dalam hidup dan jika itu yang kita alami maknanya hidup kita masih lagi tak berkat...kejayaan yang kita capai masih lagi belum barakah, kita perlu ingat Kejayaan yang kita impikan ialah kejayaan di dunia dan di akhirat. Inilah‘Barakah’ yang dicita-citakan.

TIPS UNTUK MEMPEROLEHI KEBERKATAN ?

1. Menjaga hubungan baik dengan Allah, jaga solat fardu,solat-solat sunat, baca al-Quran , berzikir, berdoa dan sentiasa melakukan kebaikan.

2. Memuliakan ibu bapa. bercakap dengan sopan, tidak menengking dan sentiasa doakan kesejahteraan mereka. Redha Allah itu terletak pada redha dua ibu bapa.
3. Hormati guru. Mereka memberikan ilmu kepada kita. Doakan untuk mereka kebahagiaan dan kesejahteraan.

4. jangan takbur, bongkak dan riak sebaliknya sentiasalah bersyukur dan merendah diri. Anda hendaklah menganggap kejayaan yang diperolehi adalah kurniaan dan ujian daripada Allah. Ingat! Nikmat itu boleh diambil bila-bila masa oleh Allah. Perbuatan tidak mensyukuri nikmat Allah dan sombong amat dimurkai oleh Allah. Penyakit sombong ini jangan ada di hati kita walau sekecil mana sekali pun kerana sifat ini mampu menghumban kita ke neraka sebagaimana mafhum sabda Rasulullah saw.




5. jauhi perkara haram dan sia-sia. Dosa dan maksiat yang dilakukan akan menghilangkan keberkatan dalam hidup.patuhi larangan Allah kerana Setiap larangan itu mempunyai beribu hikmah di sebaliknya.

6. Menjaga hubungan baik sesama manusiA samada dgn jiran, kwn2. Kaum keluarga dan sebagainya dengan Sentiasa berbaik sangka.tidak bermusuh. sabar dan berlapang dada. Allah paling benci orang yang memutuskan silaturahim sehingga Allah haramkan syurganya kepada sesiapa yang gemar memutuskan silaturahim.


selamat beramal untuk diri ana juga pada yang membaca artikel ini.

carian ilmiah blog ini

Popular Posts

ALL:TO ACHIEVE THE GOAL WE SHOULD HAVE A BRAVENESS AND LIABLE FOR THE


Download video clip Opick Assalamualaikum

bunga gugur

UNTUKKMU MUJAHIDAH

aku iri denganmu
wahai mujaheedah-mujaheedah fi sabielillah
kalian bisa bangkit menentang
hatta dengan pena
mahupun dengan pedang
menegakKan kalimah Allah
dibumi yang kian gersang

aku cemburu denganmu
wahai wanita-wanita solehah
betapa mulianya akhlakmu
betapa taatnya ibadahmu
menjunjung tinggi Quran dan sunnah di jiwamu

aku iri padamu
wahai ibu-ibu yang perkasa jiwanya
kau korbankan permatamu demi agamamu
tiada nilainya dunia di hatimu
bagimu dunia ini hanya jalan persimpangan
buatmu meraih kehidupan

aku cemburu padamu
wahai para Syahiedah
syurga telah pasti buatmu
7 langit bersorak ria menanti kehadiranmu
kau hidup, di saat darahmu tumpah membasahi bumi
kerna yang syahid takkan pernah mati

Namun,
aku sedih, aku marah
dengan diriku sendiri
jiwaku terlalu sepi
nafsuku sering merajai
adakah kernaku sering melupai Ilahi Robbi??

Ya Ilahi….
tiupkan roh-roh Iman dan Islam di jiwaku
agar aku sentiasa dekat deganMu
agar aku bisa mencintai Jihad dan Dakwah seperti nyawaku
menentang kemungkaran di setiap helaan nafasku
agar aku bisa menjadi IBU yang perkasa
mendidik para MUJAHIDAH
menjadi WANITA SOLEHAH
untuk menggapai SYAHADAH…

my playlist